Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

34) PEMBEKALAN KOMPUTER UNTUK PEJABAT-PEJABAT TANAH/ DAERAH

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila berikan maklumat terperinci jumlah komputer yang diperlukan, jumlah komputer yang sedia ada dan kekurangan komputer mengikut pejabatpejabat tanah/ daerah.

    Untuk makluman Y.B Rawang, berikut adalah maklumat terperinci jumlah komputer yang diperlukan, jumlah komputer sedia ada dan kekurangan komputer mengikut pejabat-pejabat tanah/daerah :

    NO. PEJABAT BIL.

    DIPERLUKAN

    BIL.

    SEDIAADA

    CADANGAN AGIHAN 2009
    PENGGANTIAN BSO PERMOHONAN BARU
    1 PEJABAT SUK SELANGOR 66 467 158 168
    2 PD KLANG 20 96 20 16
    3 PD PETALING 60 81 20 16
    4 PD GOMBAK 46 98 20 16
    5 PD KUALA SELANGOR 36 108 20 16
    6 PD SABAK BERNAM 14 96 20 16
    7 PD HULU SELANGOR 22 102 20 16
    8 PD HULU LANGAT 48 114 20 16
    9 PD KUALA LANGAT 35 94 20 16
    10 PD SEPANG 75 82 20 16
      JUMLAH 422 1338 338 312
  2. Menurut sistem yang sedia ada, semua komputer adalah dibekalkan oleh ICT. Hal ini menyebabkan PTD tidak dibenarkan untuk membeli komputer dan seterusnya memperlahankan proses kemasukan data di PTD berasingan. Saya bercadang agar pejabat tanah diberi kuasa untuk membeli komputer untuk kegunaan pejabat tersebut. Sila Y.A.B. memberi pandangan anda.

    Untuk makluman Y.B. Rawang, Pejabat Tanah/Daerah tiada mempunyai bajet ICT dan tiada kepakaran dari segi teknikal. Manakala tanggungjawab tersebut dipusatkan di bawah Pusat ICT bagi tujuan pengawalan terhadap pembelian aset harta modal dan khidmat sokongan teknikal bagi peralatan ICT tersebut. Walau bagaimanapun, sebarang keperluan-keperluan ICT adalah dipohon melalui Pusat ICT Selangor.

    Untuk makluman Y.B Rawang, proses tender bagi peralatan ICT tahun 2009 sedang dilaksanakan dan penyerahan peralatan ICT kepada 9 Pejabat Tanah/Daerah dijangka pada bulan akhir Mac 2009. Sebanyak 650 unit peralatan ICT bagi cadangan agihan 2009 akan dibekalkan kepada Pejabat Tanah/Daerah di Negeri Selangor. Manakala bakinya akan diambil kira di dalam proses tender yang dijadualkan pada bulan Mei 2009.

Lampiran

Tiada Lampiran.