Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
32) MEMBAIK PULIH CERUN-CERUN DI BUKIT PERMAI KAWASAN DUN TERATA
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mengapakah pihak kerajaan membatalkan bajet untuk tujuan membaik-pulih cerun-cerun di Bukit Permai kawasan DUN Teratai?
Pada dasarnya, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju menampung 50% kos keseluruhan yang dikemukakan. Walau bagaimanapun MPAJ sedang merayu supaya peruntukkan 4 juta daripada kerajaan negeri kerana kekangan kewangan Majlis.
-
Bilakah projek-projek membaik pulih berkenaan akan dijalankan?
Projek membaik-pulih hanya dapat dilaksanakan setelah peruntukan berjumlah RM 4 Juta diperoleh.
-
Pihak manakah yang bertanggungjawab sekiranya berlaku batu atau tanah runtuh pada bila-bila masa?
Penentuan pihak yang bertanggungjawab adalah berdasarkan kepada pemilikan tanah dan punca berlakunya runtuhan batu atau tanah runtuh. Ianya juga bergantung kepada status kawasan/tapak di mana berlakunya tanah runtuh.