Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
28) PENGURUSAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS)
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah projek pembangunan yang diluluskan di kawasan yang dikelaskan sebagai KSAS?
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke 6/2008 pada 2 April 2008 telah mengenalpasti terdapat 141 projek pembangunan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sebelum ini yang dikelaskan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS).
-
Apakah tindakan yang akan diambil dalam pemantauan projek-projek tersebut?
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke 6/2008 pada 2 April 2008 bersetuju akan membuat pemantauan yang lebih ketat dan berterusan bagi 141 projek dan IKRAM diminta supaya mendapatkan laporan pembinaan bagi setiap 2 minggu daripada semua pemaju atau konsultant bagi projek tersebut. Selain itu, IKRAM juga diminta supaya mengadakan random surprise audit projek-projek tersebut.
-
Apakah rancangan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan KSAS?
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke 6/2008 pada 2 April 2008 bersetuju supaya Kerajaan Negeri tidak akan memberikan kelulusan projek pembangunan di kawasan tanah tinggi bagi Kelas III dan IV iaitu yang melebihi tahap kecerunan 25 darjah. Jawatankuasa Perancang Negeri Bil 3/2008 pada 20 November 2008 juga telah bersetuju semua Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi-agensi yang terlibat menguatkuasakan pelaksanaan Rancangan Pemajuan dalam perancangan pembangunan. Di dalam Rancangan Tempatan yang telah diwartakan terdapat cadangan gunatanah dan garispanduan khusus di dalam mengawal pembangunan terutamanya Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS).