Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

27) PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah program pembangunan usahawan yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri?

    Kerajaan Negeri telah menyediakan Dana Industri Kecil bagi usahawan-usahawan yang layak untuk mendapatkan bantuan mesin dan peralatan bagi meningkatkan pembangunan produk. Kerjasama juga dijalankan dengan pihak Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi memberi bantuan pinjaman perniagaan terutama kepada usahawan-usahawan di kawasan bandar dan membantu pekerja-pekerja yang di berhentikan untuk memulakan perniagaan.

    Bagi menambahkan ilmu dan kemahiran Kerajaan Negeri juga mengadakan kursus- kursus seperti Asas Keusahawanan, Strategik Pemasaran, Kepentingan Pensijilan Halal dan Program Mentor Mentee. Program yang dirancang terbuka kepada semua golongan.

  2. Berapa peratus daripada program tersebut adalah memfokuskan kepada belia?

    Program keusahawanan anjuran Kerajaan Negeri terbuka kepada semua golongan.

Lampiran

Tiada Lampiran.