Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

18) OPERASI MENGOSONG DAN MERUNTUH RUMAH/PONDOK SERTA MENGHENTIKAN AKTIVITI PENTERNAKAN DAN TANAMAN DALAM HUTAN SIMPAN RAJA MUSA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah keluasan sebenar kawasan tanaman yang dimusnahkan oleh Penguatkuasa Kerajaan Negeri?

    Jumlah keluasan sebenar kawasan tanaman yang dimusnahkah oleh Penguatkuasa Kerajaan Negeri ialah 770 hektar di Hutan Simpan Raja Musa.

  2. Apakah tindakan undang-undang yang diambil ke atas peneroka-peneroka berkenaan?

    Tindakan undang-undang yang diambil ke atas peneroka-peneroka berkenaan sejak tahun 2005 ialah

    1. Memusnahkan tanaman pada tahun 2005 dan 2006.
    2. Menyita dua (2) buah motosikal pada 6 September 2006.
    3. Menyita sebuah gergaji berantai pada 10 Mei 2007.
    4. Menahan dua (2) jengkaut pada 12 Februari 2008. Kedua-dua jentera ini telah dilepaskan kepada pihak yang menuntut dengan bayaran kompaun sebanyak RM24,000.00.
    5. Menahan sebuah motosikal pada 11 April 2008.
    6. Menahan sebuah (1) jengkaut pada 6 Mei 2008.
    7. Memusnahkan infrastruktur seperti bangunan, jambatan dan peparitan pada 4 Disember 2008.
  3. Berapakah jumlah pampasan yang diberikan kepada peneroka-peneroka di kawasan berkenaan yang kehilangan sumber pendapatan?

    Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk memberikan pampasan kepada penerokapeneroka di kawasan berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.