Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

14) JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kriteria-kriteria yang ditetapkan untuk setiap golongan?

    JKM menyalurkan bantuan kepada semua kaum dan golongan bagi semua permohonan yang memenuhi syarat asas kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Syarat asas kelayakan tersebut adalah seperti berikut :

    • Warganegara Malaysia
    • Pendapatan isi rumah tidak melebihi dari Paras Garis Kemiskinan (PGK)
    • Golongan yang tidak berkemampuan dan memerlukan bantuan
  2. Senaraikan peruntukan kepada setiap golongan dan kaum.

    Tiada peruntukan khusus bagi setiap golongan mahupun kaum. Peruntukan yang diterima oleh JKM diagih berdasarkan kepada jumlah bantuan yang diluluskan dan mengikut syarat kelulusan yang telah ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.