Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

6) DEWAN ORANG RAMAI DI DAERAH PETALING YANG DISALAHGUNA SEBAGAI PREMIS PARTI POLITIK

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyak dewan orang ramai di Daerah Petaling yang disalah guna sebagai premis parti politik sepanjang tahun 2004 Ð 2008?

    Di sepanjang 2004 – 2008 tiada statistik (perangkaan) yang dapat diberikan bagi dewan yang telah disalahgunakan sebagai premis parti politik. Ini memandangkan tujuan dewan adalah untuk aktiviti / kemudahan orang ramai seperti riadah/majlis keraian sahaja. Bagi  kegunaan fahaman politik adalah tidak dibenarkan sama sekali.

  2. Berapa banyak sudah dikembalikan kepada pihak berkuasa?

    Pada pertengahan tahun 2008 kesemua dewan telah diserahkan kepada pihak berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak berkuasa tempatan adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas dewan yang telah diserahkan.

     

  3. Apakah tindakan terhadap mereka yang membina dewan orang ramai di atas tanah kerajaan untuk kegunaan parti politik tanpa kebenaran dan hak milik tanah?

    Memandangkan masih terdapat dewan-dewan yang kuncinya dipegang oleh pihak pengurusan yang lama, di mana urusan penyerahan kunci tidak diserahkan, pentadbiran ini telah/sedang  mengambil tindakan menukar kunci-kunci pintu dewan/balai raya di dalam Daerah Petaling di samping Notis Penyerahan/Pengambilalihan dewan kepada Pihak Berkuasa Tempatan turut dilakukan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.