Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
2) GERAN PAJAKAN HAKMILIK TANAH KAMPUNG BARU
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan jumlah keluasan kampung baru Site A, B dan C Sekinchan serta senaraikan jumlah bilangan lot-lot tapak rumah bagi setiap satu kampung.
Jumlah keluasan dan bilangan lot tapak rumah Kampung Baru Site A, B dan C Sekinchan adalah seperti berikut :
BIL
KAMPUNG BARU
KELUASAN
BIL LOT
1
SITE A
36.4 EKAR
201
2
SITE B
66.7 EKAR
455
3
SITE C
50 EKAR
364
-
Sila nyatakan punca utama yang menyebabkan sehingga kini masih terdapat sejumlah besar penduduk ketiga-tiga kampung baru masih gagal memperolehi geran pajakan hak milik tanah walaupun bayaran premium tanah sudah dijelaskan lebih daripada 3 tahun?
Tindakan penyediaan nombor-nombor PT hakmilik-hakmilik baru berkaitan sedang disediakan.