Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
253) BANGUNAN TEATER SELANGOR DI SHAH ALAM
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bangunan teater Selangor yang didirikan di Seksyen 14 Shah Alam yang siap dibina pada tahun 2007 dengan kos mencecah RM 43 juta. Apakah status bangunan tersebut sekarang dan adakah ianya digunakan sepenuhnya kini?
-
Berapakah kos penyelenggaraan bulanan bangunan tersebut dan adakah ianya berbaloi dengan pelaburan Kerajaan Negeri yang memakan belanja sebanyak RM 43 juta?
-
Siapakah pihak yang bertanggungjawab menyelenggarakan serta menguruskan bangunan tersebut dan bilakah tempoh ianya mula serta berakhir?