Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
222) MENTERI BESAR DAN EXCO TELAH MENGISYTIHARKAN HARTA MEREKA PADA TAHUN 2008. APAKAH DASAR-DASAR DEMI MEMBASMI GEJALA RASUAH DI KALANGAN KAKITANGAN KERAJAAN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan bersedia melaksanakan dasar supaya semua kakitangan kerajaan peringkat tinggi seperti Pegawai Daerah, YDP Majlis dan pengarahpengarah untuk setiap Jabatan mengisytiharkan harta mereka demi memastikan mereka tidak terlibat dalam gejala rasuah?
-
Adakah kerajaan akan mengehadkan jumlah tunai yang boleh dibawa oleh pegawai penguat kuasa semasa menjalankan tugas? Kalau tidak sila nyatakan alasannya?
-
Bagaimanakah kerajaan boleh mengelakkan kakitangan kerajaan daripada terlibat dalam kegiatan rasuah?