Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
181) TINDAKAN RANGSANGAN EKONOMI UNTUK NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pakej rangsangan ekonomi Kerajaan Pusat melalui saluran Value cap dan sebagainya, nampaknya belum ada kesan pada rakyat. Bolehkah kerajaan Negeri Selangor mengadakan pakej rangsangan ekonomi sendiri untuk compliment langkah kerajaan pusat yang kurang kesan itu?
-
Tentang pakej rangsangan Negeri Selangor, apakah agensi/saluran yang patut dipergunakan supaya berkesan dan bertelusan dan yang patut dipantau dengan baik?
-
Bolehkah ADUN-ADUN mainkan peranan di peringkat ini?