Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

142) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah masalah syarikat konsesi berkenaan sehingga Kerajaan Negeri bersungguh-sungguh ingin menstrukturkan semula industri perkhidmatan air di Selangor?

  2. Adakah dengan penstrukturan semula dan kerajaan negeri mengambil alih konsesi syarikat ini akan menjamin rakyat Selangor akan menikmati harga air lebih rendah sehingga 50% atau 30% daripada harga sekarang?

  3. Adakah kesungguhan kerajaan sekarang untuk mengambil alih atau menstrukturkan semula konsesi air di Selangor mempunyai muslihat atau berdasarkan sentimen dan prasangka orang tertentu?

Lampiran

Tiada Lampiran.