Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

100) MASALAH BANJIR DI KAMPUNG SUNGAI SURAI, HULU LANGAT

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri telah memberi percuma sebanyak 20 meter kiub air kepada rakyat Selangor. Dengan itu, pengguna air telah diberi subsidi hampir RM10.00 sebulan. Bagaimanapun Kerajaan Negeri membayar subsidi tersebut kepada syarikat-syarikat konsesi air di Selangor. Berapakah jumlah yang telah dibayar kepada syarikat konsesi yang berkenaan sehingga kini?

    Pelaksanaan melibatkan langkah – langkah berikut;

     

    1. Jangka :           Kerja-kerja       mengorek        dan      mencuci           serta

    Pendek membina ban  Sg. Langat di Kg. Sungai Serai akan siap pada akhir Mac 2009.

     

    1. Jangka :           Projek Rancangan Tebatan Banjir Sg. Serai

    Panjang dalam peringkat kajian dan rekabentuk oleh Perunding. Projek ini melibatkan pengambilan balik tanah.

     

  2. Adakah syarikat-syarikat ini menerima pembayaran dari kerajaan mengikut perjanjian yang dipersetujui?

    Projek ini akan di teruskan dan dilaksanakan bagi penyelesaian banjir untuk jangka masa panjang.

    MAKLUMAT TAMBAHAN :

    Projek Rancangan Tebatan Banjir Kg. Sungai Serai merupakan projek tebatan banjir bagi mengatasi masalah banjir Kg. Sungai Serai iaitu di bawah DUN Dusun Tua.

    Projek ini terdahulu dilaksanakan secara runding terus oleh Kerajaan  Negeri sebelum ini. Kontraktor yang dilantik melalui surat (LOI) diarah untuk menjalankan kajian dan rekabentuk seterusnya melaksanakan pembinaannya.

    Dibawah pentadbiran baru Kerajaan Negeri, tawaran secara surat (LOI) kepada kontraktor telah dibatalkan.

    Bagi mengatasi masalah banjir Kg. Sungai Serai, JPS telah melantik perunding bagi menjalankan kajian dan rekabentuk Projek Rancangan Tebatan Banjir Kg. Sungai Serai seterusnya merancang pelaksanaan projek tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.