Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
87) PERLOMBONGAN PASIR DI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Setakat ini, adakah langkah tersebut efektif ke arah mengawal kecurian pasir di Selangor?
Sejak Kumpulan Semesta Sdn Bhd ditubuhkan, masalah kecurian pasir terutama dikawasan-kawasan Kumpulan Semesta Sdn Bhd telah dapat dikawal. Walau bagaimanapun, masalah kecurian pasir samada di atas tanah hakmilik atau tanah Kerajaan di beberapa daerah lain yang tidak terbabit dengan operasi Kumpulan Semesta Sdn Bhd masih berlaku.
-
Nyatakan pendapatan tambahan yang telah diperolehi oleh Kerajaan Negeri sejak perkara tersebut di atas dikuatkuasakan.
Berdasarkan maklumat yang dibekalkan oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd., jumlah jualan pasir adalah RM7.04 juta dengan keuntungan bersih sebelum cukai sebanyak RM2.5 juta bagi tempoh 15 September 2008 hingga 31 Januari 2009.
Manakala Kerajaan Negeri telah memperoleh hasil melalui pembayaran royalti bagi pengeluaran permit 4C sebanyak RM6,359,064.29 juta.
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri akan mengatasi masalah kepada tanah yang sudah diberikan pajakan untuk melombong tetapi permit perlombongan belum diluluskan, maka tanah tersebut tidak dapat diusahakan untuk memberikan pulangan kepada Kerajaan Neger
Jawapan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Selangor / Wilayah Persekutuan
Untuk makluman Y.B., terdapat enam (6) tanah Pajakan Melombong di negeri Selangor yang masih belum tamat tempoh pajakan untuk aktiviti melombong bijih timah yang kesemuanya melibatkan daerah Kuala Selangor.
Setakat ini, semua aktiviti melombong di kawasan tersebut telah diberhentikan atas arahan Kerajaan negeri Selangor melalui keputusan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor yang diadakan pada 10 Julai 2007. Melalui mesyuarat tersebut, Jabatan Mineral dan Geosains Selangor / Wilayah persekutuan diarahkan untuk tidak memperbaharui tempoh sah ’Letter of Authority to Mine’ untuk semua aktiviti melombong.
Dalam hal ini, Jabatan Mineral dan Geosains Selangor / Wilayah Persekutuan mengesyorkan tindakan berikut sekiranya pertimbangan daripada aspek pemberian permit melombong dan menambahkan hasil Kerajaan Negeri:-
- Sekiranya tempoh pajakan masih panjang dan bijih mempunyai gred yang baik serta ekonomik untuk diusahakan
Memberikan kelulusan dan mengeluarkan permit perlombongan kepada pemegang pajakan / pengusaha lombong berkenaan. Walau bagaimanapun, sekiranya melibatkan penjualan pasir, semua rizab pasir kawasan pajakan tersebut perlu diisytihar dan dikemukakan kepada Pejabat Tanah dan Galian Selangor atau pejabat-Pejabat Tanah dan Daerah yang berkaitan sebelum permit dikeluarkan.
Bayaran royalti secara lump-sum boleh dikenakan terus berdasarkan rizab yang masih ada, atau boleh secara berkala (secara tahunan) merujuk kepada jangka hayat lombong tersebut. Laporan pengeluaran bulanan perlu dikemukakan oleh pengusaha bagi tujuan kawalan. Anak syarikat Kerajaan Negeri, Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. boleh diberi kuasa mengawal penjualan pasir tersebut.
atau
- Sekiranya kawasan tersebut mempunyai nilai gred bijih yang rendah dan tidak ekonomik untuk dikerjakan
Mengambil semula tanah yang diber pajakan tersebut dengan memberi pampasan kepada pemegang pajakan. Perkara ini juga untuk mengelak pasir menjadi sebab utama untuk dilombong dan bukannya bijih.
atau
Membiarkan pajakan tersebut luput tanpa pembaharuan Sekiranya tempoh pajakan akan luput dalam masa terdekat