Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
81) PROGRAM / PROJEK JABATAN PERTANIAN NEGERI
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan dan strategi Jabatan Pertanian Negeri bagi menyediakan ruang dan peluang kepada penganggur kesan kegawatan ekonomi di dalam sektor pertanian?
Jabatan Pertanian mempunyai beberapa program yang dapat membantu bagi sesiapa yang berminat untuk menceburi di dalam bidang pemprosesan makanan. Bidang pemprosesan adalah sesuai untuk membantu memberi ruang dan peluang kepada penganggur kerana operasinya yang lebih cepat dan tidak memerlukan pengetahuan teknikal yang tinggi. Ruang pasaran juga adalah baik kerana kedudukan di sekitar Lembah Kelang.
-
Apakah program tanaman secara fertigasi boleh dijadikan satu pakej bantuan bagi membantu penganggur yang berminat di dalam memajukan pertanian?
Pakej pertanian secara fertigasi adalah kurang sesuai untuk dijadikan pakej bantuan bagi golongan menganggur. Ini adalah kerana pengetahuan teknikal yangh tinggi perlu dipelajari duahulu oleh pengusaha. Kos penanaman secara fertigasi juga adalah tinggi dan hanya sesuai bagi tanaman bernilai tinggi. Jabatan Pertanian memberikan khidmat nasihat dalam usaha pertrnian kecila-kecilan seperti didalamj Program Bumi Hijau dimana ia dapat membantu dalam penjimatan belanja harian.