Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
77) TANAH RUNTUH DAN MEMBAIKPULIH CERUN-CERUN BUKIT
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa banyak kes tanah runtuh yang telah dilaporkan kepada setiap PBT, bilakah laporan-laporan itu dibuat dan di manakah lokasi kes-kes yang berkenaan?
Jumlah keseluruhan bagi kes tanah runtuh yang telah dilaporkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Selangor adalah sebanyak 92 kes dan kawasan tanah runtuh tersebut telah pun dibaik pulih serta ditangani. Berikut adalah perincian bagi lokasi tanah runtuh berserta tahun kejadian dan status pembaikpulihan.
-
Berapakah kes yang telah ditangani dan sila senaraikan kawasan-kawasan yang sudah dibaikpulih?
Sama seperti di SUB(a)
-
Berapakah kes-kes membaik pulih cerun yang merupakan tanggungjawab kerajaan negeri dan sila nyatakan jumlah kos yang terlibat?
Berdasarkan laporan yang diterima, hanya 3 kes tanah runtuh adalah merupakan tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk dibaik pulih di mana dua
(2) kes berada di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kajang manakala satu (1) kes di kawasan Majlis Perbandaran Selayang. Jumlah kos yang terlibat bagi ketiga-tiga kawasan berkenaan adalah sejumlah RM 2,046,754.59.