Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
68) PENILAIAN PRESTASI KAKITANGAN KERAJAAN DAN TINDAKAN TERHADAP KAKITANGAN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak kerajaan terhadap kakitangan kerajaan yang enggan bekerjasama dengan ADUN dan pihak EXCO?
Jentera Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited dan berusaha meningkatkan mutu sistem penyampaian perkhidmatan awam dari semasa ke semasa kepada orang awam dan stakeholders termasuk ahli politik. Penjawat awam merupakan ‘Pemudah cara’ atau ‘fasilitator’ kepada pelaksanaan pelbagai program yang direncanakan di semua peringkat.
Penjawat awam melaksanakan tugas berdasarkan lunas-lunas perundangan dan prosedur piawaian yang telah ditetapkan. Justeru itu, sekiranya pelaksanaan tugas yang diklasifikasikan berada di luar lingkungan peruntukan perundangan atau prosedur sedia ada, maka penjawat awam berhak untuk tidak menyempurnakannya. Namun yang demikian, jika pelaksanaan tugas adalah selari dengan lunas perundangan dan prosedur maka penjawat awam akan memastikan tugas yang diamanahkan dengan jayanya.
Sekiranya seseorang penjawat awam ditafsirkan enggan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada mana-mana EXCO atau ADUN, maka laporan secara rasmi (bertulis) perlu dikemukakan kepada Ketua Jabatan yang berkenaan. Seterusnya, laporan tersebut perlu disiasat dan diperhalusi dengan menubuhkan Jawatankuasa Siasatan. Hasil dapatan jawatankuasa ini akan ditimbang dan diteliti oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan.
Jika seseorang penjawat dibuktikan bersalah dan gagal membela diri terhadap pertuduhan yang dibangkitkan, maka penjawat awam berkenaan boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Selangor (Kelakuan dan Tatatertib) 1995 bagi lantikan Negeri Selangor dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bagi lantikan Persekutuan.
-
Apakah cara-cara penilaian prestasi kakitangan kerajaan termasuk YDP dan Pegawai Daerah?
Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor mengguna pakai Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam dalam menilai perlakuan dan pencapaian hasil kerja pegawai dalam tempoh masa tertentu bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti sesebuah Jabatan / Agensi. Pelaksanaan sistem piawaian ini diperjelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 iaitu ‘Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia’.
- Bagi penilaian prestasi Datuk Bandar, Yang Dipertua dan Pegawai Daerah, penilaian prestasi tahunan akan diputuskan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor selaku Pegawai Penilai.
- Sistem Penilaian Prestasi ini berlandaskan kepada prinsip yang sesuai dengan kehendak mencapai matlamat organisasi. Sistem ini digubal berasaskan kepada prinsip-prinsip penilaian berikut:
- penilaian hendaklah dilaksanakan secara objektif, adil dan telus;
- penilaian prestasi hendaklah diasaskan kepada penghasilan kerja dan tingkah laku yang dipamerkan oleh Pegawai Yang Dinilai (PYD) ke arah pencapaian objektif organisasi yang ditetapkan; dan
-
- Tiada hubungan kekeluargaan terdekat sama ada melalui pertalian darah atau perkahwinan (suami, isteri, anak, adikberadik, anak saudara, mertua, menantu, ipar, sepupu atau biras) di antara Pegawai Yang Dinilai dengan pegawai penilainya;
- Tempoh penyeliaan seelok-eloknya tidak kurang daripada enam (6) bulan dalam sesuatu tahun penilaian. Sekiranya Pegawai Yang Dinilai itu berkhidmat di dua (2) jabatan yang berlainan dalam tempoh yang sama panjangnya, kedua-dua Pegawai Penilai Pertama yang terbabit dikehendaki menyediakan laporan prestasi Pegawai Yang Dinilai berkenaan;
- Pegawai Yang Dinilai yang diselia oleh lebih daripada seorang Pegawai Penilai Pertama dalam masa yang berbeza-beza dan tidak ada pegawai kanan lain yang layak membuat penilaian,
- menggalakkan persaingan positif sesama pegawai untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti.
iii) Berdasarkan kepada tiga (3) prinsip di atas, sistem ini digubal untuk:
- membolehkan prestasi kerja dinilai dengan lebih sistematik dan meyakinkan;
- membolehkan Ketua Perkhidmatan melaksanakan Sistem
Penilaian Prestasi mengikut kesesuaian perkhidmatan tertentu;
- membolehkan Sistem Penilaian Prestasi digunakan dalam pelbagai fungsi pengurusan sumber manusia seperti kemajuan kerjaya, penempatan dan latihan; dan
- meningkatkan penglibatan Ketua Jabatan dan semua peringkat pegawai penyelia dalam proses penilaian prestasi.
- iv) Penggubalan sistem ini mengambil kira perubahan dan perkembangan semasa dalam Perkhidmatan Awam serta keperluan menambah baik sistem sedia ada. Ciri-ciri sistem ini melibatkan:
- Penetapan Sasaran Kerja Tahunan dan Kajian Semula
Pertengahan Tahun;
- Pengiktirafan kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi;
- Penetapan wajaran markah mengikut aspek penilaian prestasi yang bersesuaian dengan peranan setiap kumpulan pegawai (Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan
Profesional dan Kumpulan Sokongan);
- Pemakaian lima (5) jenis borang Laporan Penilaian Prestasi
Tahunan (LNPT) mengikut kumpulan pegawai; dan
- Peranan Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) sebagai pihak yang memastikan penilaian dibuat dengan objektif, adil dan telus.
- v) Hasil penilaian ini membolehkan pihak pengurusan mengambil tindakan, pertimbangan dan keputusan berkaitan dengan pengurusan dan kemajuan kerjaya PYD iaitu:
- Menentukan penempatan dan bidang kerjaya sesuai dengan potensi, kebolehan, keistimewaan serta kemajuan pegawai;
- Menentukan kesesuaian dan kelayakan untuk kenaikan pangkat, pemangkuan, pinjaman dan pertukaran sementara;
- Menentukan kelayakan atau kesesuaian untuk pergerakan atau
anjakan gaji;
- Menentukan penganugerahan khidmat cemerlang, pingat dan bintang kebesaran serta pemberian surat penghargaan;
- Mengenal pasti dan merancang keperluan latihan; dan
- Memberikan kaunseling dengan tujuan memperbaiki dan meningkatkan prestasi serta motivasi pegawai.
- vi) Sistem Penilaian Prestasi diguna pakai bagi semua kategori pegawai termasuk Pegawai Daerah, Datuk Bandar dan Yang Dipertua. Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002, terdapat dua (2) peringkat pegawai yang terlibat dalam membuat penilaian prestasi Pegawai Yang Dinilai iaitu Pegawai Penilai Pertama dan Pegawai Penilai Kedua. Definisi bagi kedua-dua pegawai penilai adalah seperti berikut:
- Pegawai Penilai Pertama ialah pegawai atasan atau penyelia yang terdekat kepada Pegawai Yang Dinilai dan mempunyai hubungan kerja secara langsung atau yang mengawasi kerjanya; dan
- Pegawai Penilai Kedua ialah pegawai atasan yang terdekat kepada Pegawai Penilai Pertama dan mempunyai hubungan kerja dengan Pegawai Yang Dinilai. Jika hanya terdapat satu peringkat penyeliaan, maka penilaian bolehlah dibuat oleh Pegawai Penilai Pertama sahaja.
vii) Penentuan pegawai penilai perlu menepati syarat seperti berikut:
- Mempunyai hubungan kerja dan penyeliaan secara langsung di antara Pegawai Yang Dinilai dan Pegawai Penilai Pertama;
- Gred Pegawai Penilai Pertama hendaklah lebih tinggi daripada
Pegawai Yang Dinilai;maka Pegawai Penilai Pertama yang paling lama tempoh penyeliaannya boleh membuat penilaian tersebut;
- Sekiranya tiada Pegawai Penilai Pertama yang layak menilai kerana tempoh penyeliaannya kurang daripada enam (6) bulan dalam tahun yang dinilai, maka penilaian hendaklah dibuat oleh pegawai lebih tinggi yang terdekat dan mempunyai hubungan kerja dengan Pegawai Yang Dinilai;
- Walau apa pun peruntukan di perenggan (d), (e) dan (f) di atas, tempoh penyeliaan minimum untuk tujuan penilaian prestasi ialah tiga (3) bulan; dan
- Sekiranya Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tidak disediakan oleh Pegawai Penilai Pertama yang telah bersara, meletak jawatan atau tidak dapat dikesan, laporan prestasi Pegawai Yang Dinilai hendaklah disediakan oleh Pegawai Penilai Kedua.
-
Apakah peranan ADUN dalam proses penilaian ini?
Setakat ini, Sistem Penilaian Prestasi pegawai di semua peringkat dan kategori dalam Perkhidmatan Awam tidak melibatkan ahli politik termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri. Proses penilaian dilaksanakan oleh penyelia (Pegawai Penilai) yang mempunyai gred yang lebih tinggi daripada Pegawai Yang Dinilai.
Hal ini membolehkan pihak pengurusan jabatan mengambil tindakan, pertimbangan dan keputusan berkaitan dengan pengurusan dan kemajuan kerjaya Pegawai Yang Dinilai iaitu:
- Menentukan penempatan dan bidang kerjaya sesuai dengan potensi, kebolehan, keistimewaan serta kemajuan pegawai;
- Menentukan kesesuaian dan kelayakan untuk kenaikan pangkat, pemangkuan, peminjaman dan pertukaran sementara;
- Menentukan kelayakan atau kesesuaian untuk pergerakan dananjakan gaji;
- Menentukan penganugerahan khidmat cemerlang, pingat dan bintang kebesaran serta pemberian surat penghargaan;
- Mengenal pasti dan merancang keperluan latihan; dan vi) Memberikan kaunseling dengan tujuan memperbaiki dan meningkatkan prestasi serta motivasi pegawai.