Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
59) KUTIPAN ZAKAT
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah kutipan zakat harta dan fitrah sepanjang tahun 2008 yang lalu serta bilangan pembayar yang telah menunaikannya? Berikan sekali jumlah agihan zakat tahun yang sama mengikut kategori asnaf. Berapakah kutipan sasaran zakat harta dan fitrah untuk tahun 2009 ini?
- KUTIPAN ZAKAT (HARTA DAN FITRAH)
Bagi tahun 2008, jumlah kutipan zakat di Selangor telah melebihi sasaran (RM222 juta) dengan jumlah kutipan sebanyak RM 244.4 juta berbanding RM202 juta tahun 2007. Jumlah ini meningkat sebanyak 21 peratus dengan jumlah perbezaan sebanyak RM 42.3 juta. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM 232 juta dikutip daripada zakat harta, manakala RM 12.3 juta daripada zakat fitrah.
- ZAKAT HARTA
Pada tahun 2008 kutipan zakat harta di Selangor meningkat sebanyak 22 peratus daripada kutipan pada tahun sebelumnya (2007).
Pecahan kutipan zakat harta mengikut jenis adalah seperti berikut:
Zakat Pendapatan RM130.7 Juta (RM 130,699,399.93)
Zakat Perniagaan RM 46.1 Juta (RM 46,109,152.95) Zakat Harta RM 24.3 Juta (RM 24,330,739.05)
Zakat Wang Simpanan RM 22.1 Juta (RM 22,111,956.49
Zakat KWSP RM 4.6 Juta (RM 4,609,383.34) Zakat Saham RM 1.3 Juta (RM 1,271,759.33) Zakat Tanaman RM 1.7 Juta (RM 1,698,833.75)
Zakat Emas, Ternakan, Perak dan
Qadha Zakat RM 1.3 Juta (RM1,301,643.92)
- BILANGAN PEMBAYAR
Bilangan pembayar zakat harta bagi tahun 2008 ialah seramai 146,413 orang (meningkat 17%) daripada tahun 2007 seramai 125,294 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 34,343 orang merupakan pembayar baru.
- ZAKAT FITRAH
Bagi tahun 2008, MAIS melalui LZS telah mengutip zakat fitrah sebanyak RM 12.3 juta bagi tahun 1429H berbanding RM 11.6 juta pada tahun 2007. Bilangan umat Islam yang telah membayar zakat fitrah bagi tahun 2008 ialah seramai 2.4 juta orang.
- SASARAN KUTIPAN ZAKAT HARTA DAN FITRAH TAHUN 2009
Mengambil faktor keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kesan krisis yang dijangka berterusan sepanjang tahun ini, maka LZS meletakan sasaran yang munasabah dan boleh dicapai. Dengan mengambil kira implikasinya kepada sektor swasta terutamanya sektor perniagaan dan perkilangan, maka LZS meletakkan sasaran RM235 juta kutipan zakat pada tahun 2009.
- AGIHAN ZAKAT
Pada tahun 2008 yang lalu, MAIS melalui LZS telah mengagihkan wang zakat kepada golongan yang layak di Selangor sebanyak RM198.5 juta berbanding RM177 juta pada tahun 2007. Jumlah pengagihan ini dilihat meningkat sebanyak 12 peratus dengan perbezaan sebanyak RM21.5 Juta.
Pecahan pengagihan zakat mengikut asnaf adalah seperti berikut:
Asnaf MiskinRM54.2 Juta (RM 54,215,439.19)
Asnaf FakirRM12.9 Juta (RM 12,877,843.35)
Asnaf Fisabilillah RM66.6 Juta (RM 66,597,975.61)
Asnaf Muallaf RM12.2Juta (RM 12,183,320.06)
Asnaf Gharim RM19.4 Juta (RM 19,380,018.66)
Asnaf Amil RM30.3 Juta (RM30,250,000.00)
Asnaf Riqab RM2.3 Juta (RM 2,307,983.21)
Asnaf Ibnu Sabil RM0.7 Juta (RM 701,128.45)
Bilangan fakir yang menerima bantuan pada tahun 2008 ialah seramai 9,583 keluarga berbanding 672 keluarga pada tahun 2007, manakala 5,879 keluarga bagi asnaf miskin berbanding 8,780 keluarga pada tahun 2007.
**Nota : Data ini belum diaudit