Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
58) TAHAP KEMISKINAN TEGAR DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah dan berapakah kadar kemiskinan (hard & poor) di Negeri Selangor
Kemiskinan membawa maksud, jumlah pendapatan bulanan sesebuah isi rumah yang berada di bawah tahap Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu indikator yang membolehkan sesebuah keluarga tersebut memiliki dan memenuhi keperluan asas dari segi makanan dan bukan makanan, yang membolehkan setiap ahli keluarga berfungsi di dalam masyarakat. Sementara peratusan rakyat dibawah garis kemiskinan di Negeri Selangor (1,503,629 – jumlah penduduk yang dikategorikan sebagai miskin iaitu pendapatan kurang dari RM1500.00) dibahagi dengan jumlah populasi di Negeri Selangor iaitu 5,070,000 menjadikan sejumlah 18%.
-
Berapakah peratusan kemiskinan tegar tersebut mengikut kaum di Negeri Selangor ini?
Negeri Selangor merupakan antara negeri yang mempunyai pertumbuhan populasi yang sangat tinggi dimana pertumbuhan tersebut didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang pesat. Selain itu pertumbuhan tersebut berlaku antara lain adalah disebabkan oleh perpindahan rakyat negeri lain ke Negeri Selangor. Sehubungan dengan itu mengikut data terkini, terdapat sebanyak 274,937 jumlah warga miskin di Negeri Selangor berdasarkan kepada paras garis kemiskinan (PGK) 2007 iaitu pada kadar RM731.00 sebulan. Jumlah tersebut menyumbang kepada 5.3% dari jumlah populasi rakyat Negeri Selangor. Bagaimanapun kadar garis kemiskinan telah ditingkatkan menjadi RM1500.00.
-
Apakah langkah-langkah dan tindakan pembasmian yang dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi masalah kemiskinan tegar ini?
Berdasarkan kepada bancian yang dijalankan pada tahun 2007 terdapat seramai 1,530,629 penduduk Negeri Selangor yang berpendapatan bawah RM 1500 iaitu menjurus kepada 30% populasi rakyat Negeri Selangor.
Kerajaan Negeri melalui Bajet 2009 telah menggariskan lima (5) strategi khusus bagi memastikan kestabilan ekonomi Negeri Selangor seterusnya menangani masalah kemiskinan. Antara strategi tersebut ialah :
Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)
Antara program MES yang telah dilaksanakan bagi Fasa 1 termasuklah program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Bekalan Air Percuma, Hadiah Anak Masuk Universiti, Bantuan Warga Usia Emas, Pusat Khidmat Kisi Sehenti (OSCC) dan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.
Selain dari itu beberapa program MES yang akan dilaksanakan secara berfasa khusus untuk golongan berpendapatan rendah termasuklah Caruman Takaful bagi OKU/Anak Yatim, Bantuan Kepada Peniaga Muda, Bimbingan Perniagaan Kepada Belia, Bantuan Anak ke Nurseri RM75 sebulan/orang, Bantuan Anak Pra Sekolah RM50 sebulan/orang, Bantuan Mendirikan Rumah Tangga, Elaun Ibu Tunggal, Elaun Khas Suri Rumah dan Bantuan memiliki Kediaman.
Menerusi program-program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dijangka dapat mengurangkan beban rakyat khususnya.