Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

51) KILANG HARAM

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan kilang-kilang haram yang masih beroperasi sehingga kini mengikut daerah

    Kilang-kilang haram yang masih beroperasi sehingga kini mengikut daerahadalah seperti berikut:-

     

     DAERAH BILANGAN KILANG
    Petaling 1,236
    Klang 556
    Gombak 37
    Hulu Langat 658
    Kuala Langat 209
    Hulu Selangor 14
    Kuala Selangor 35
    Sepang 44
    Sabak Bernam 16
    JUMLAH KILANG 2,805

    Sebanyak 705 daripada jumlah keseluruhan kilang haram di atas telah berjaya diputihkan melalui keputusan permohonan mengubah syarat kegunaan tanah.

  2. Senaraikan kilang-kilang haram yang telah diberikan lesen sejak dua tahun lalu sehingga kini

    Senarai kilang-kilang haram yang telah diberikan lesen permit khas sementara sejak dua tahun lalu sehingga kini adalah seperti berikut:

    DAERAH PERMIT KHAS SEMENTARA
    2007 2008 2009
    Petaling 2 2 2
    Klang 156 79 7
    Gombak 14 16
    Hulu Langat 12 16
    Kuala Langat 90 10 4
    Hulu Selangor 14 10
    Kuala Selangor 21 17 7
    Sepang 6 10
    Sabak Bernam 7 7 7
    Jumlah 322 167 27

     

Lampiran

Tiada Lampiran.