Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

44) TANAH WAKAF

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyakkah tanah-tanah wakaf yang didaftarkan di negeri Selangor?

    Jumlah keluasan tanah wakaf di Negeri Selangor sehingga Disember 2008 ialah 843.82 ekar yang melibatkan 714 lot tanah. Keluasan ini adalah melibatkan tanah wakaf yang telah didaftarkan kepada nama MAIS seluas 616.52 ekar dan tanah wakaf yang dalam proses pendaftaran ke atas nama MAIS yang melibatkan keluasan seluas 227.30 ekar.

    Kegunaan tanah wakaf juga berbeza berdasarkan kepada niat pewakaf yang mewakafkan tanah tersebut. Manakala MAIS sebagai pemegang amanah tunggal harta wakaf di Negeri Selangor sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Seksyen 89, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 telah memastikan kegunaan harta yang diwakafkan itu menepati kehendak pewakaf dan harta yang diwakafkan diusahakan oleh penerima manfaat wakaf tersebut.

    Berdasarkan kepada rekod yang ada di MAIS, pecahan harta wakaf mengikut kegunaan adalah seperti berikut:

    BIL KEGUNAAN JUMLAH (EKAR)
    1 Manfaat MAIS / Am 52.2
    2 Tapak Masjid & Tambahan Kawasan

    Masjid

    42.7
    3 Manfaat Masjid 570.3
    4 Tapak Surau 50.1
    5 Manfaat Surau 31.8
    6 Tanah Kubur 5.4
    7 Tapak Sekolah 44.7
    8 Manfaat Sekolah 27.4
    9 Kebajikan / Anak Yatim 19.1
    JUMLAH 843.8
  2. Apakah tindakan kerajaan negeri dalam menangani tanah-tanah wakaf yang masih belum didaftarkan?

    Antara tindakan MAIS dalam menangani tanah-tanah wakaf yang masih belum didaftarkan ialah:

    • Senantiasa memperkemaskan proses pendaftaran tanah wakaf merangkumi pengwujudan borang dan mengemas kini prosedur sedia ada yang dikenali sebagai Prosedur Pendaftaran Tanah Wakaf. Prosedur ini mendapat persijilan MS ISO 9001:2000 pada tahun 2008.
    • Pengwujudan kakitangan MAIS yang menguruskan wakaf di peringkat daerah.
    • Meningkat usaha penerangan akan kepentingan mendaftarkan harta wakaf.

    Mewujudkan Sistem Data Tanah Wakaf (SISDATA) agar harta wakaf ini mudah dikesan dan dikenal pasti statusnya

  3. Apakah perancangan kerajaan negeri dalam mengendalikan tanah-tanah wakaf supaya ianya lebih memberi manfaat kepada masyarakat Islam terutamanya dalam keadaan kegawatan ekonomi masa ini?

    Perancangan MAIS dalam mengendalikan tanah-tanah wakaf supaya ianya lebih memberi manfaat kepada masyarakat Islam terutamanya dalam kegawatan ekonomi semasa ialah:

    • Mengenal pasti beberapa tanah wakaf yang berpotensi untuk dibangunkan dengan pembangunan komersial dan membuat kajian kesesuaian pembangunan untuk dipanjangkan untuk perlaksanaan projek RMK 10 akan datang.
    • MAIS juga turut bekerjasama dengan penerima wakaf untuk memajukan harta wakaf dan manfaatnya disalurkan sebagaimana yang diniatkan oleh pewakaf.
    • MAIS juga telah mewujudkan Pelan Pembangunan Harta Wakaf Negeri Selangor 2005 – 2010 yang melibatkan perkara berikut:

    Penyediaan Pangkalan Data

    Pemantapan Kemahiran Petugas

    Pemantauan Jaringan Kerja dengan JAWHAR, sektor swasta, ahli akademik, media massa dan wadah-wadah lain dalam masyarakat.  Sistem Pemantauan Berkesan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.