Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
35) PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rasionalnya penubuhan Pusat Khidmat Masyarakat di kawasan DUN yang dimenangi Barisan Nasional?
Rasionalnya penubuhan Pusat Khidmat Masyarakat di kawasan DUN yang dimenangi oleh Barisan Nasional ialah untuk memudahkan Y.B. Pakatan Rakyat menyalurkan segala bantuan sedia ada dalam bentuk perkhidmatan dan pembangunan.
Selain itu bagi memudahkan Anggota Kerajaan Negeri berinteraksi dan berhubung serta menghulurkan bantuan kepada rakyat miskin, miskin tegar, ibu tunggal dan warga emas.
Seterusnya penubuhan Pusat Khidmat Masyarakat ini bagi memudahkan penyaluran maklumat berkenaan Daerah dan program yang dilaksanakan.
-
Berapakah jumlah wang yang digunakan untuk Pusat Khidmat Masyarakat dan daripada mana dana diperolehi?
Keseluruhan jumlah wang yang digunakan untuk Pusat Khidmat Masyarakat bagi Tahun 2008 ialah RM8,067,511.19 dan sumber dana diperolehi dari Kerajaan Negeri.
-
Adakah penggunaan wang untuk program tertentu yang hampir sama dengan program disediakan wakil rakyat kawasan merupakan satu pembaziran wang rakyat?
Tidak mungkin berlaku pembaziran kerana tiap program mempunyai objektif dan tujuan serta kumpulan sasaran yang berbeza.