Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
122) PELANCONGAN DI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah dengan prestasi pelancongan di Selangor dalam masa keadaan ekonomi Negara masih lembap?
Prestasi pelancongan di Selangor ketika ini menunjukkan peningkatan yang agak memberangsangkan. Peningkatan ini adalah hasil promosi berterusan yang dilakukan oleh negeri, iaitu Tourism Selangor bersama – sama dengan Kerajaan Negeri.
Berikut adalah perbandingan statistik kedatangan pelancong dari Januari – September 2009 dan Januari – September 2010 yang menunjukkan peningkatan sebanyak 2.39% :-
TAHUN PELANCONG DOMESTIK PELANCONG ASING JUMLAH PELANCONG JUMLAH PENDAPATAN (RM) JUTA
Jan – Sept 2009
2,472,448 1,816,945 4,289,393 3,008.5 Jan – Sept 2010
2,491,406 1,900,396 4,391,802 3,080.4 -
Adakah sebarang kerjasama antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri dalam bidang pelancongan?
Tourism Malaysia dan Tourism Selangor bekerjasama bagi mempromosikan Selangor sebagai destinasi pilihan pelancong di Malaysia. Tourism Malaysia juga memberi banyak peluang kepada Tourism Selangor menyertai promosi-promosi pelancongan diluar Negara di bawah pavilion Tourism Malaysia serta menyerap kos ruang dan hiasan pameran.
Selain itu, Tourism Malaysia memberi kerjasama dalam beberapa acara yang dijalankan oleh Tourism Selangor dengan menghantar penyertaan peserta dan mempromosikan pakej pelancongan yang telah disediakan oleh Tourism
Selangor ketika ini.
Tourism Selangor Sdn Bhd juga kerap bekerjasama dengan Tourism Malaysia menyertai aktiviti pelancongan yang dianjurkan oleh kerajaan Persekutuan seperti lawatan rasmi Raja Perempuan Perlis ke Taman Kelip-kelip di Kuala Selangor pada 20 Oktober 2010 dan membawa beberapa kumpulan media luar Negara seperti Selangor Shine Fam Tour 2009 dan 2010 ke produk-produk di Selangor untuk dipromosikan. Buat masa ini Tourism Selangor sedang bekerjasama dengan Tourism Malaysia menyediakan pakej-pakej produk yang menjadi tarikan pelancong-pelancong tempatan dan luar Negara buat masa ini.
-
Senaraikan dari segi keutamaan 5 bidang pelancongan di Selangor?
Selangor mempunyai begitu banyak produk dan destinasi pelancongan, Walaubagaimanapun 5 bidang pelancongan diberi keutamaan berdasarkan pasaran pelancong. Terdapat 10 tema pelancongan yang telah diberi perhatian oleh Tourism Selangor iaitu;
- Pelancongan Agro
- Pelancongan Eko
- Homestay
- Pelancongan Sukan
- Pelancongan Perubatan
- Pelancongan Pendidikan
- MICE (Meeting Incentive, Conference and Exhibition)
- Pelancongan Membeli-belah
- Taman Tema
- Pelancongan Warisan dan Kebudayaan
Walau bagaimanapun, Tourism Selangor telah mengkategorikan tema
pelancongan mengikut keutamaan pasaran pelancong seperti;
Negara Arab
- Taman Tema
- Pelancongan Eko
- Pelancongan Membeli-belah
- Pelancongan Pendidikan
- Pelancongan Agro
Negara Singapura
- Taman Tema
- Pelancongan Eko
- Homestay
- Pelancongan Warisan dan Kebudayaan
- Pelancongan Perubatan
Negara Jepun
- Pelancongan Eko
- Homestay
- Pelancongan Warisan dan Kebudayaan
- Pelancongan Agro
- Taman Tema
Walaupun Tourism Selangor memberikan keutamaan mengikut negara, namun tema-tema lain masih diberikan tumpuan dan dipromosikan untuk menarik pelancong ke Selangor.