Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

117) KEMUDAHAN ASAS

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan melalui JKR Negeri bagi menyelenggara jalan-jalan negeri tahun 2008-2009?

    Peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan melalui JKR Negeri bagimenyelenggara jalan-jalan negeri tahun 2008-2009 adalah seperti berikut:-

    1. Tahun 2008 – RM 40,851,027.67
    2. Tahun 2009  – RM46,175,109.00

     

  2. Apakah kriteria yang diutamakan bagi mempercepatkan pembaikan jalan-jalan yang rosak dan penyelenggaraan yang berkaitan dengannya?

    Kriteria yang diberi keutamaan untuk dibuat kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan adalah seperti berikut :-

    1. Keadaan jalan yang rosak yang boleh menyebabkan terputus hubungan contohnya cerun runtuh, jambatan roboh, jalan yang mendap, pokok tumbang dan sebagainya.
    2. Keadaan jalan yang boleh menyebabkan kemalangan contohnya lubang besar dan jalan yang tidak rata.
    3. Kerosakan lampu jalan dan lampu isyarat
    4. Kerosakan pada perabot-perabot jalan.

     

     

  3. Apakah cadangan bagi mempercepatkan permohonan jalan-jalan baru di kampung-kampung terutama di DUN Meru?

    1. Membuat senarai cadangan projek pembinaan jalan-jalan baru pada pembinaan jalan-jalan baru pada penghujung (bulan November – Disember) dengan bukti dan justifikasi kukuh bahawa permohonan tersebut demi kepentingan masyarakat setempat.

     

    Pemilihan projek jalan kampung hendaklah memenuhi kriteria WAJIB iaitu jalanjalan kampung di kawasan luar bandar dan yang terletak dalam kawasan luar bandar dan yang terletak dalam kawasan bandar, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan tetapi terhad kepada di luar kawasan operasi PBT / kawasan yang dikenakan cukai harta PBT. Kawasan perumahan / penempatan yang diusahakan oleh Badan Berkanun dan swasta tidak layak dipertimbangkan Jalan Kampung.

    Contoh-contoh projek yang tidak boleh disenaraikan adalah seperti berikut:-

    •  Jalan menuju ke sesebuah rumah
    • Jalan ke Kebun individu
    • Jalan-jalan yang menjadi laluan utama kenderaan berat seperti lori balak, lori kelapa sawit.

    Namun semua perkara di atas masih tertakluk kepada syarat-syarat semasa Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) iaitu :-

    • Projek dianggap kritikal dan memerlukan pelaksanaan segera
    • Kerja menampal sahaja dibenarkan untuk pembaikan jalan
    • Jalan ladang tidak boleh diturap

    Status tanah projek mestilah tanah Kerajaan Negeri

Lampiran

Tiada Lampiran.