Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

100) PEMBAIKPULIHAN LIF-LIF ROSAK DI PANGSAPURI KOS RENDAH

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyak wang yang telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk memperbaiki lif-lif yang rosak di pangsapuri kos rendah?

    Untuk tahun 2010 Kerajaan Negeri telah memperuntukkan bajet khas sebanyak RM1,530,000.00 (Ringgit Malaysia : Satu Juta Lima Ratus Tiga Puluh Ribu Sahaja) melalui Program Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor untuk membaikpulih lif-lif di pangsapuri kos rendah. Walaubagaimanapun, setelah kerja-kerja baikpulih lif dilaksanakan di 3 kawasan pemajuan terpilih melibatkan 41 unit lif, kos yang terlibat adalah sejumlah RM1,637,300.00 (Ringgit Malaysia: Satu Juta Enam ratus Tiga Puluh Tujuh Ribu Tiga Ratus sahaja).

    Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM118,805.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lapan Belas Ribu Lapan Ratus Lima Sahaja) untuk menampung kos sebenar baikpulih lif dan lain-lain kos luar jangka yang berkaitan.  Oleh demikian, peruntukan baru bagi membaikpulih lif adalah berjumlah RM1,648,805.00 (Ringgit Malaysia: Satu Juta Enam Ratus Empat Puluh Lapan Ribu Lapan Ratus Lima Sahaja).

     

  2. Sila senaraikan lif-lif pangsapuri kos rendah yang telah dibaikpulih oleh kerajaan Selangor

    Senarai lif-lif pangsapuri kos rendah yang telah dibaikpulih lif-lif oleh Kerajaan Selangor seperti berikut:

    BIL. KAWASAN PANGSAPURI BILANGAN LIF AMAUN (RM)
    1. Desa Mentari Petaling Jaya 27 RM557,300.00
    2. Taman Permai Indah, Klang 8 RM600,000.00
    3. Taman Ampang Mewah 6 RM480,000.00
      JUMLAH 41 RM1,637,300.00

Lampiran

Tiada Lampiran.