Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

91) PERUNTUKAN RM1000 SEBULAN KEPADA JKKK

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan tahap penggunaan wang RM1000 sebulan serta program-program yang dijalankan oleh setiap JKKK di Selangor mengikut JKKK sehingga bulan September 2010

    Mulai tahun 2010, setiap Ketua Kampung Tradisi, Pengerusi JKKK Kampung Baru dan Pengerusi JKKK Kampung Tersusun telah diperuntukkan sejumlah RM10,000 setahun bagi melaksanakan aktiviti atau program di kampung masing-masing. Penggunaan peruntukan ini adalah dikhaskan bagi menampung perbelanjaan pengurusan yang melibatkan penganjuran aktiviti dan program mesra rakyat berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil 2 Tahun 2010 – Garis Panduan Penggunaan Peruntukan Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK Negeri Selangor.

     

    Sehingga 30 September 2010, prestasi perbelanjaan peruntukan Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK mengikut daerah adalah seperti berikut:

     

    DAERAH PERUNTUKAN 

    (RM)

    PERBELANJAAN

    (RM)

    PRESTASI

    (%)

    BIL

    PROGRAM

    Petaling 260,000.00 39,103.80 15% 81
    Gombak 490,000.00 119,253.80 24% 127
    Klang 370,000.00 69,364.50 19% 146
    Kuala Langat 360,000.00 154,440.95 43% 319
    Hulu Langat 730,000.00 218,335.42 30% 454
    Sepang 230,000.00 71,975.70 31% 147
    Kuala

    Selangor

    650,000.00 336,817.30 52% 546
    Hulu

    Selangor

    460,000.00 160,929.10 35% 193
    Sabak

    Bernam

    910,000.00 470,437.00 52% 574
    Jumlah  4,460,000.00 1,640,660.57 37% 2,587

     

    Perincian perbelanjaan mengikut kampung adalah seperti di lampiran.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.