Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
90) PEMBANGUNAN DAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR YANG TIDAK SEMPURNA
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Pembangunan yang tidak sekata dan terancang menyebabkan beberapa kemudahan infrastruktur seperti jalan raya tergantung tanpa penyambungannya . Pemaju enggan membuatnya kerana ianya di luar bidang kuasanya. Akhirnya penduduk setempat menghadapi kesukaran. Apakah langkah Kerajaan untuk mengawal pembangunan agar isu tersebut tidak berlaku?
-
Kini ,Pihak Berkuasa Tempatan memegang wang cagaran tunai daripada pemaju yang boleh digunakan untuk menyempurnakan mana-mana kemudahan infrastruktur yang tidak siap. Apakah langkah Kerajaan untuk memperbaiki polisi kini ?