Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
89) NAJIS DADAH DAN PIL KUDA
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan butiran terkini berapakah jumlah penagih dadah di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah dan kaum ?
DAERAH
JUMLAH KESELURUHAN KETURUNAN JUMLAH
MELAYU CINA INDIA LAIN- LAIN
PETALING 1241 722 226 256 37 1241 AMPANG 943 712 151 75 5 943 GOMBAK 906 681 62 154 9 906 KLANG 835 535 161 119 20 835 HULU LANGAT 561 409 80 61 11 561 HULU SELANGOR
379 309 27 43 0 379 KUALA Selangor
340 261 38 41 0 340 KUALA LANGAT
229 186 24 19 0 229 SABAK BERNAM
321 279 34 6 2 321 SEPANG 291 261 17 13 0 291 JUMLAH KESELURUHAN
6046 4355 820 787 84 6046 -
Sila kemukakan seluruh nama dan jenis dadah yang sering ditemui di pasaran ?
Nama dan jenis dadah yang sering disalahguna di pasaran di Negara kita ialah :-
- Dadah Opiat
Dadah jenis opiate diperoleh dari pokok tumbuhan pokok popi. Seperti : morfina, heroin dan kodein
- Dadah Stimulan (Perangsang)
Merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat.Seperti : Syabu, pil Ectacy, ketamin, Pil Kuda
- Dadah Ganja
Diperolahi daripada pokok Cannabis Sativa yang mengandungi bahan kimia Tetrahidrocannabino (THC) iaitu bahan psikoaktif yang utama. Seperti : Daun ganja
- Dadah Depresen (Penenang)
Sejenis dadah yang bertindak ke atas sistem saraf tunjang sehingga memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi utama tubuh.
Seperti : Erimin 5, Barbiturate, domicum
-
Sila nyatakan bagaimanakah cara yang paling mujarab untuk membendung kegiatan dadah di kampung-kampung tradisional dan kampung baru ?
Langkah-langkah yang perlu diambil dalam menangani permasalahan dadah di kampung-kampung tradisional dan baru adalah seperti berikut :
- Mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan JKKK berkaitan dengan masalah sosial seperti masalah berkaitan dengan dadah.
- Ketua kampung mengenal pasti ahli keluarga yang mempunyai masalah penagihan dadah.
- Mengadakan lawatan ke rumah bagi keluarga yang terlibat dengan dadah untuk mengenal pasti masalah serta merujuk masalah mereka kepada jabatan-jabatan berkaitan seperti JKM, JAIS, MAIS, LPPKN, Jab. Kesihatan dan lain-lain.
- Memberi kemahiran keibubapaan kepada semua ahli masyarakat. Ibu bapa seharusnya sentiasa melibatkan diri dalam penganjuran program pencegahan dadah yang dianjurkan oleh kerajaan dan NGO ; Ibu bapa perlu berusaha ke arah melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang dadah.
- Penganjuran program-program pencegahan dadah bersama jabatan / agensi.
- Mengenal pasti kawasan yang berisiko di kampung-kampung.
- Mengadakan gotong-royong dalam membersihkan kawasan yang dikenal pasti sarang penagihan dadah.
- Masyarakat di kampung-kampung perlu sedar akan tanggungjawab dalam menerima keluarga atau penduduk yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
- Pemimpin masyarakat perlu mewujudkan pusat komuniti yang dapat menyediakan khidmat nasihat, bimbingan, info berkaitan dadah dan sebagai tempat bagi mengadakan program pencegahan serta pemulihan dadah.
- Mewujudkan jawatankuasa menangani masalah dadah di kalangan masyarakat kampung dan tidak terlalu bergantung pada agensi penguatkuasaan kerajaan.
- Penghulu, Ketua Kampung (JKKK) boleh mendapatkan bantuan dari agensi berkaitan untuk mengadakan seminar dan penerangan berkaitan dadah.
- Sokongan dari pihak kerajaan, NGO dan pemimpin masyarakat perlu turun padang dalam melaksanakan program pencegahan dadah di kampungkampung.
- Pihak PIBG dan Ketua-ketua kampung boleh bekerjasama mengadakan program pencegahan dadah kepada golongan murid-murid sekolah di kampung-kampung terutamanya semasa musim cuti sekolah.