Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
88) JALAN KE DESA SURADA DIJADIKAN JALAN PINTAS DAN UTAMA
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bilakah jalan dari Sungai Ramal Dalam ke Desa Surada ini mahu diperbaiki?
Untuk membaiki jalan dari Sungai Ramal Dalam ke Desa Surada hanya melibatkan kerja-kerja melebarkan jalan masuk sahaja kerana struktur jalan dan saiz lebar jalan harus di naik taraf dengan melebarkan jalan tersebut. Masih menunggu proses lantikan kontraktor dimasukkan dalam sebut harga dan dijangka akan bermula pada hujung November 2010.
-
Pihak mana yang seharusnya mengambil tanggungjawab?
Pihak MPKj
-
Benarkah penaikan taraf melibatkan pengambilan tanah?
Bagi laporan dan pelan ukur yang telah kemukakan hanya sebahagian tanah sahaja yang terlibat di bahagian kawasan Desa Surada di mana jalan tersebut jika di besarkan akan melibatkan tanah persendirian.