Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

81) JALAN-JALAN YANG DIBERI NAMA TOKOH-TOKOH NEGARA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyak jalan yang telah dinamakan atas nama tokoh-tokoh yang menyumbang kepada negara dan Selangor di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya serta tahun ia dinamakan semula?

    1. Sebelum tahun 2002, terdapat 9 jalan yang telah diberi nama tokoh-tokoh seperti

    berikut:  

    • Jalan Dato Mahmud
    • Jalan The Hung Kiat
    • Jalan Othman
    • Jalan Dato Abdul Aziz
    • Jalan Dato Abu Bakar
    • Jalan Yong Shook Lin
    • Jalan Sultan
    • Jalan Templer
    • Jalan Dato Jamil Rais

    Pada tahun 2002, Jalan 222 telah ditukar kepada Jalan P.P Narayanan.           Jumlah keseluruhan nama jalan yang telah diberi nama tokoh adalah 10 jalan.

  2. Apakah perkembangan terbaru kerajaan untuk menamakan semula Jalan Barat sebagai Jalan V. David?

    Pada Mesyuarat Penuh Majlis pada bulan Mei 2010, telah memutuskan nama Jalan Barat dikekalkan. Walau bagaimanapun untuk penamaan Jalan V. David akan dirancang untuk jalan di kawasan pembangunan baru.

Lampiran

Tiada Lampiran.