Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

77) RUMAH PPRT

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan untuk membina rumah PPRT untuk rakyat Selangor yang kurang berkemampuan pada tahun 2008 hingga 2010?

    Kerajaan Negeri telah meluluskan bantuan bina baru rumah Kerajaan Prihatin sebanyak 344 buah sejak tahun 2008 sehingga Oktober 2010 dengan kos pembinaan sebanyak RM7,657,222.

    Kerajaan Negeri telah meluluskan bantuan baik pulih sebanyak 385 buah rumah di seluruh Negeri Selangor sejak tahun 2008 sehingga Oktober 2010 dengan kos baik pulih sebanyak RM3,140,230.

  2. Senaraikan rumah PPRT yang telah diluluskan di DUN Meru

    Pada tahun 2010, sebanyak tujuh (7) permohonan telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin untuk DUN Meru iaitu sebanyak empat (4) Bina Baru dan tiga (3) Baik Pulih.

  3. Bagaimanakah cara penyerahan rumah kunci PPRT dilakukan?

    Penyerahan rumah kunci PPRT dilakukan melalui Majlis Serah Kunci Program Kerajaan Prihatin yang diadakan di setiap daerah pada setiap tahun. Majlis Serah Kunci ini dianjurkan oleh Pejabat Daerah dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan pada tahun 2010 sebanyak lima (5) majlis telah diadakan iaitu di daerah Hulu Selangor, Petaling, Klang, Kuala Selangor dan Gombak. Majlis Serah Kunci akan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin, Y.B. Tuan Dr. Xavier Jayakumar dan akan disertai oleh ahli Parlimen atau DUN kawasan berkenaan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.