Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

73) PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN DI BAWAH MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES)

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan program-program yang telah dilaksanakan di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sepanjang tahun 2009 dan 2010. Sila jelaskan apakah yang telah dicapai, berapakah jumlah dana yang belum dibelanjakan serta perancangan program MES.

    Beberapa program telah dilaksanakan di bawah Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES) sepanjang 2009 dan 2010. Terdapat 8 Program MES Fasa 1 yang telah dijalankan iaitu:-

    1. Program Peningkatan Hasil Batuan & Mineral;
    2. Bekalan Air Percuma Bagi 20 meter padu
    3. Hadiah Anak Masuk Universiti ;
    4. Tabung Warisan Anak Kelahiran Selangor
    5. Skim Mesra Usia Emas (SMUE) ;
    6. Penubuhan Kumpulan Semesta Selangor Berhad ;
    7. Mewujudkan Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) dan
    8. Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang.

    Manakala bagi MES Fasa 2 pula terdapat 5 program telah dijalankan iaitu:-

    1. Kemudahan Cuti Bersalin (90 Hari) ;
    2. Kemudahan Cuti Untuk Suami Yang Isterinya Bersalin (14 Hari) ;
    3. Cuti Kematian Suami (30 Hari) ;
    4. Program Micro Kredit ; dan v. Pusat Dialisis.

    Antara pencapaian bagi Program MES sepanjang tahun 2009 dan 2010 adalah:

     

    1. Kerajaan Negeri telah memanfaatkan air percuma sebanyak 20m3 sebulan kepada 1,160,324 pengguna Bermeter Individu bagi tahun 2009 dan 1,174,837 pengguna Bermeter Individu bagi tahun 2010 di Negeri Selangor.

     

    1. Melalui Program Bahan Batuan Dan Pasir, Kerajaan Negeri telah menerima royalti pasir sebanyak RM 5,290,531.86 bagi tahun 2009 dan RM 8,101,619.65 berakhir September 2010 (Rujuk Jadual 3). Bayaran royalti pasir tersebut telah dimanfaatkan dengan pemberian 10% di atas keuntungan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) iaitu sebanyak RM 616,000.00 diserahkan kepada JKKK Kampung. Pengagihan ini melibatkan 446 buah kampung yang terdiri daripada 368 buah kampung tradisi dan 78 buah kampung Baru/ Tersusun/ Bagan di mana setiap JKKK menerima sebanyak RM 1,381.00.

     

    Jadual 3: Hasil daripada Tanah dan Galian (Pasir) Bagi Tahun 2009 dan berakhir September 2010

     

    Daerah T ahun
    2009 2010

     (berakhir September) 

    Petaling 33,000.00 267,729.94
    Klang 0.00 0.00
    Gombak 75,404.00 48,600.00
    Hulu Selangor 833,426.84 2,650,999.71
    Hulu Langat 0.00 382,500.00
    Kuala Selangor 1,986,434.58 1,998,000.00
    Kuala Langat 0.00 1,632,000.00
    Sepang 627,000.00 1,121,790.00
    Sabak Bernam 1,735,266.40 0.00
    Jumlah 5,290,531.86 8,101,619.65

     

    Jumlah dana yang masih belum dibelanjakan bagi Program MES Fasa 1 berjumlah RM 53,751,395.04 Manakala dana yang belum dibelanjakan bagi Program MES Fasa 2 berjumlah RM 3,234,471.00. Jumlah keseluruhan dana yang belum dibelanjakan berjumlah RM 56,985,866.04. Perincian baki bagi program MES Fasa 1 dan 2 adalah seperti Jadual 1 dan 2.

     

    Di samping program-program MES sedia ada, Kerajaan Negeri Selangor juga bercadang untuk melaksanakan beberapa program MES Fasa 3 di mana, beberapa kertas cadangan telah dirangka bagi melaksanakan program-program tersebut. Antaranya ialah:-

    1. Bantuan Kepada Peniaga Muda;
    2. Bimbingan Perniagaan Kepada Belia;
    3. Bantuan Anak Ke Nurseri;
    4. Elaun Ibu Tunggal; dan
    5. Elaun Khas Suri Rumah

    Jadual 1 : Peruntukan dan Perbelanjaan oleh Kerajaan Negeri dalam Melaksanakan Program-program di bawah  Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1

    PROGRAM  

    2009

     

     

    2010 (sehingga September 2010)

    Peruntukan (RM) Belanja (RM) Peruntukan  (RM) Belanja (RM) Baki (RM)
    Program Peningkatan Hasil Batuan & Mineral  –  
    Bekalan Air Percuma bagi 20m3 100,000,000.00 100,000,000.00 117,000,000.00 *79,056,569.87 37,943,430.13
    Hadiah Anak Masuk Universiti  

    7,700,000.00

    5,667,038.00 7,700,000.00 4,913,000.00 2,787,000.00
    Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) 8,500,000.00 1,029,700.00 10 864,100.00 6,606,200.00
    Skim Mesra Usia Emas 20,700,000.00  20,423,921.06 10  

    16,369,336.50

     

    5,051,039.51
    Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) 500,000.00 443,700.00  

    10

     

    0

    56,300.00
    Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang 2,000,000.00 1,243,339.60 2 ,000,000.00  

    1,449,235.00

    1,307,425.40
    Jumlah 135,368,522.65 132,246,521.31 126,700,030.00 101,788,141.37  

    53,751,395.04

    * Bayaran dalam bentuk *Bayaran dalam bentuk pinjaman kepada KDEB. Walau bagaimanapun, bayaran bagi bulan September sebanyak RM11,796,148.39 akan dikeluarkan sebelum 7 November 2010 ini.

     

    Jadual 2 : Peruntukan dan Perbelanjaan oleh Kerajaan Negeri dalam Melaksanakan Program-program di bawah

    Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 2

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.