Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
71) PELANCONGAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan pelancong yang datang ke negeri ini sepanjang tahun 2009. Nyatakan taburan pelancongan yang datang mengikut daerah?
Pengiraan statistik mengikut daerah masih belum dilakukan oleh pihak Tourism Selangor, Tourism Malaysia, Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan. Walau bagaimanapun, berikut adalah statistik pelancong yang datang ke negeri Selangor sepanjang tahun 2009 :-
PELANCONG DOMESTIK
PELANCONG ASING
JUMLAH
3,248,961
2,398,680
5,647,641
-
Apakah produk baru pelancongan bagi tahun 2009 yang diperkenalkan kepada pelancong yang datang ke negeri ini dan bagaimanakah sambutan yang diterima?
Antara produk-produk baru pelancongan bagi tahun 2009 yang diperkenalkan kepada pelancong yang datang ke negeri ini adalah seperti :
- Rabbit Farm, Semenyih
- D’or Rue, Selayang
- Cni, Glenmarie
- Muzium Ikan Air Tawar, Kuala Selangor
- I-City, Shah Alam
- Sepang Gold Coast, Sepang
Secara keseluruhannya, kesemua produk pelancongan baru di negeri Selangor mendapat sambutan yang baik. Sebagai contoh, RABBIT FARM, SEMENYIH sering kali mendapat sambutan hangat dari sekolah-sekolah untuk membawa pelajar-pelajar menikmati keindahan dan pengalaman melihat kawasan ternakan arnab. Pelajar turut dapat mempelajari dan mengenal pasti spesies – spesies arnab yang ada di kawasan ini.
Walaupun produk pelancongan D’OR RUE dan CNI masih baru, namun kedua-dua produk pelancongan ini juga sering mendapat kunjungan daripada pelancong dari dalam dan luar negeri. Kilang CNI menawarkan para pengunjung tentang proses pembuatan kopi yang berasaskan bahan-bahan herba dan barangan keluaran yang lain.
MUZIUM IKAN AIR TAWAR, KUALA SELANGOR pula sering menjadi tumpuan pelancong yang gemar melihat hidupan air dan alam semula jadi yang masih terpelihara. Kawasan ini semakin popular seiring dengan kawasan pelancongan kelip-kelip.
I-CITY SHAH ALAM merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai kelainan yang tersendiri. Kawasan ini menarik minat pelancong dengan hiasan lampu-lampu yang menarik pada waktu malam. Kawasan ini sering dijadikan tempat mengadakan acara-acara yang dianjurkan oleh Badan Kerajaan dan syarikat korporat.
SEPANG GOLD COURSE terletak di Sepang telah dibuka pada bulan Jun 2009 dan mendapat sambutan yang hangat daripada pelancong. Kawasan ini semakin popular dengan ikon rumah penginapan yang dibina di tengah-tengah pantai selain daya pantainya yang indah dan cantik.
Statistik kedatangan pelancong ke Produk Baru Sepanjang tahun 2009
BIL. NAMA PRODUK BIL PELANCONG TEMPATAN BIL PELANCONG ASING 1. Rabbit Farm, Semenyih 36,000 1,800 2. D’Or Rue, Selayang 1,440 300 3. CNI, Glenmarie 5,000 – 4. Muzium Ikan Air Tawar, Kuala Selangor 32,472 932 5. I-City, Shah Alam 254,800 25,200 6. Sepang Gold Coast (bermula Jun 2009) 2,822 6,586