Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
68) KEMAJUAN INDUSTRI KECIL DAN DESA
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mempromosi dan membangunkan industriindustri kecil kampung dan desa?
Kerajaan Negeri pada masa ini telah dan sedang merancang untuk membangunkan pusat pengumpulan di daerah – daerah bagi mempergiatkan industri IKS. Dengan adanya pusat pengumpulan ini dijangka produk-produk IKS yang dibangunkan oleh usahawan-usahawan kecil kampung dan desa dapat dipasarkan dan dipromosikan dengan lebih meluas.
-
Apakah jenis bantuan yang disediakan kepada pengusaha sedemikian.
Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM1 juta di bawah program Dana Industri Kecil setahun untuk membantu usahawan industri kecil dalam usaha meningkatkan kualiti dan pengeluaran produk.