Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
59) TUNGGAKAN HASIL
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah tunggakan kutipan hasil yang belum berjaya di kutip oleh kerajaan negeri setakat tahun 2009?
Tunggakan kutipan hasil yang belum berjaya dikutip oleh Kerajaan Negeri setakat tahun 2009 adalah berjumlah RM601,925,994.67.
-
Nyatakan secara terperinci tunggakan hasil seperti tunggakan cukai tanah dan lain Ð lainnya berserta amaunnya.
Tunggakan Cukai Tanah dan hasil-hasil lain setakat 31 Disember 2009 adalah
seperti di Jadual 2 di bawah:-
Jadual 2 : Tunggakan Hasil Negeri Selangor
Setakat 31 Disember 2009
PEJABAT TANAH DAERAH / JABATAN TUNGGAKAN HASIL 31 Dis 2009
(RM JUTA)
Petaling 202,948,233.06 Klang 141,270,123.68 Gombak 103,801,114.49 Hulu Langat 42,350,939.98 Kuala Langat 4,278,563.06 Kuala Selangor 15,939,088.82 Sabak Bernam 1,570,970.12 Hulu Selangor 82,101,002.39 Sepang 7,351,343.76 Hasil-hasil Lain 314,615.31 JUMLAH 601,925,994.67 -
Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam usaha memperolehi tunggakan ini dan berapakah ramalan kutipan yang mampu dikutip?
Bagi menangani tunggakan hasil cukai tanah, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja Mengurangkan Tunggakan Cukai Tanah di Peringkat Negeri yang dipengerusikan oleh Y.B. Pegawai Kewangan Negeri dan di Peringkat Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Jawatankuasa tersebut berfungsi untuk melaksanakan kutipan tunggakan cukai tanah secara holistik yang melibatkan penunggak tegar dan penyelesaian hakmilik yang terlibat dengan permasalahan tanah di semua Pejabat Daerah. Jawatankuasa Kerja Mengurangkan Tunggakan Cukai Tanah tersebut mensasarkan kutipan Tunggakan Cukai Tanah sebanyak RM152juta bagi keseluruhan Negeri Selangor.