Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

56) BAJET INFRASTRUKTUR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah bajet infrastruktur yang boleh dipohon oleh Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri untuk kegunaan baik pulih infrastruktur yang tidak mampu diperuntukkan oleh PBT?

    Bagi tahun 2010, di bawah Vot P01 Menteri Besar dan SUK, telah diperuntukkan bajet berjumlah RM 4 juta iaitu bagi Infrastruktur Asas Majlis Daerah (RM 2 juta) dan Kemudahan Awam (RM 2 juta). Peruntukan ini dikawal selia oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri di mana setiap permohonan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan disemak dan dinilai terlebih dahulu akan keupayaan kewangan sesebuah PBT tersebut.

    Dalam hal ini, sesebuah PBT perlu memberikan komitmen dalam sesebuah projek dan tidak mengharapkan bantuan sepenuhnya daripada Kerajaan Negeri. Ini kerana PBT mempunyai pendapatan sendiri daripada hasil cukai taksiran, hasil bukan cukai(lesen, denda, sewa) dan juga terimaan bukan hasil (geran dari Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan).

  2. Jika tiada, mengapa?

    Tidak berkaitan.

  3. Jika ada, sila berikan butir-butir kegunaan bajet tersebut bagi tahun 2010.

    1. Prestasi sehingga September 2010 bagi kod infrastruktur di bawah Vot P01 Menteri Besar dan SUK ialah seperti berikut:
    Kod Projek Peruntukan Perbelanjaan Prestasi
    ‘05002 – Infrastruktur Asas  Majlis

    Daerah

    2,000,000.00 200,000.00 10%
    ‘05003 – Kemudahan Awam 2,000,000.00 800,000.00 40%
    Jumlah 4,000,000.00 1,000,000.00 25%

     

     

    Peruntukan ini telah digunakan bagi membiayai projek-projek berikut:

     

    Bil Pihak Berkuasa Tempatan Projek Kos (RM)
    1. Majlis Perbandaran Klang Pembangunan tanah perkuburan Islam Kg

    Delek.

    800,000.00
    2. Majlis Daerah Hulu Selangor Pembinaan 6 unit gerai di Rizab Jalan Semarak,

    Bukit Beruntung.

    100,000.00
    3. Majlis Daerah Hulu Selangor Kerja membaiki jalan dan tebing runtuh di Jalan Bunga Raya, Bandar Bukit

    Sentosa

    100,000.00
        Jumlah 1,000,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.