Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

54) ISU BEKAS PEKERJA LADANG PERANG BESAR, SEDGELY, GALLOWAY DAN MEDINGLY

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Penduduk Taman Permata Dengkil telah mengadakan bantahan 24 jam mengutarakan masalah perumahan flat mereka 2 bulan yang lalu. Kerajaan negeri melalui Exco- nya YB. Xavier Jayakumar turut memberi sokongan kepada bantahan penduduk dan berjanji kerajaan negeri akan mendapatkan tanah untuk penduduk. Apakah progress dalam usaha kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu ini?

    Projek perumahan Taman Permata yang telah dibina merupakan projek yang dilaksanakan oleh Perbadanan Putrajaya ketika itu setelah ladang yang didiami oleh para pekerja ladang telah diambil untuk tujuan pembangunan Putrajaya. Setelah disiapkan, ia diserahkan kepada Pemerbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) untuk tujuan penjualan kepada para bekas pekerja ladang yang layak pada tahun 1998.  Walau bagaimanapun sejak akhir-akhir ini kediaman tersebut mengalami beberapa kerosakan yang menyebab para penduduk membuat aduan berkaitan keselamatan kediaman tersebut.  Satu siasatan telah dibuat oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) iaitu anak syarikat di bawah SSI baru-baru ini dan mendapati bangunan tersebut masih selamat diduduki.  PNSB akan melakukan kerja-kerja baik pulih setelah mendapat peruntukan Kerajaan Negeri.  Pada masa yang sama Kerajaan Negeri bersetuju untuk mencari tanah ganti bagi perumahan tersebut  sekiranya Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menanggung kos pembinaan.  Ini kerana pemindahan bekas pekerja ladang Putrajaya adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.