Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
52) GAJI MINIMA PEKERJA-PEKERJA DI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Tuntutan pekerja-pekerja mengenai gaji minima terus disuarakan oleh persatuan sekerja termasuk di Selangor. Sejauh manakah tuntutan memberi harapan kepada pekerja-pekerja?
-
Dengan taraf hidup di Selangor adalah tinggi, sebanyak mana kira-kira gaji minima yang sesuai bagi pekerja-pekerja di Selangor?
-
Adakah kerajaan Selangor mahu memberi gaji minima kepada pekerja-pekerjanya?