Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
45) GERAN TANAH UNTUK PENDUDUK KAWASAN SETINGGAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Proses menyiasat,mengumpul data, kelulusan untuk tanah dan mengeluarkan geran mengambil masa yang agak lama di Pejabat Tanah Daerah. Pengukuran tanah dan cadangan untuk mendapatkan geran bagi beberapa kawasan di Daerah Kuala Selangor telah dibiayai oleh Bukit Melawati sejak setahun yang lalu. Kami berharap Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan melaksanakan perkara ini pada tahun ke 4 pemerintahannya. Tolong berikan jangka masa bila perkara ini akan diselesaikan ? Ini akan memberikan dorongan kepada kami untuk meneruskan dan mengemukakan lebih banyak cadangan bagi kawasan-kawasan lain.
Pejabat Tanah Kuala Selangor telah membuat bancian dan telah menghantar Kertas Ringkasan ke MMKN untuk kelulusan EXCO. Namun pejabat Tanah dan Galian Selangor telah memulangkan semula Kertas Ringkasan untuk pihak pejabat ini mendapatkan maklumat terperinci pemohon sebelum diangkat ke MMKN.