Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
39) PROJEK TERBENGKALAI
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan projek-projek terbengkalai yang telah dipulihkan
- Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak 22 projek terbengkalai yang melibatkan 8,879 unit telah berjaya dipulihkan dari Mac 2008 sehingga 15 Oktober 2010. Senarai projek tersebut seperti berikut :
PROJEK NAMA PEMAJU UNIT Cadangan Pembinaan Pangsapuri Kos Sederhana Tinggi Sama Pesona Sdn Bhd 600 Unit 2 1 Blok Hotel 18, Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang. Transhabour Sdn Bhd 258 Unit 3 Membina 28 Unit Rumah Berkembar di atas Lot 1344, Jalan Sri Banang 14, Taman Sri Andalas, Mukim Klang URC Housing Sdn Bhd 28 Unit 4 Taman Bunga Ros, Mukim Klang, Klang Tetuan Ram Developer Sdn. Bhd & Tetuan
Willow Construction
Sdn. Bhd
30 unit 5 Projek Perumahan Taman Pinggiran Batu Caves, Daerah Gombak Tetuan Bee Teck Trading Corporation Sdn. Bhd. 196 Unit 6 Taman Prima Selayang Di Atas Lot 8213, 6017 Sebahagian Lot 4487, 5510
& Tanah Kerajaan Mukim Batu, Gombak
Kansas Corporation
Sdn Bhd
220 Unit 7 Rumah Teres 2 Tingkat, HS ( D) 56918, PT 31343, Gombak Tetuan Hartawan Pasifik Sdn. Bhd 387 Unit 8 Taman Hulu Langat Jaya Spring Courts Sdn Bhd 36 Unit 9 Tmn Wawasan, Mukim Tanjung Karang, Daerah Kuala Selangor Tetuan Radiant Hart Construction Sdn. Bhd 33 Unit 10 Tmn Yayasan, Mukim Kuala Selangor Tetuan Pramax Sdn. Bhd. JV Tetuan
Yayasan Selangor
77 Unit 11 Cadangan Pembinaan Bercampur Pusat Komersial, Seksyen 7, Bandar Shah Alam
Tetuan PCM Bina Sdn. Bhd 1,514 Unit 12 Pangsapuri Seri Nipah, Taman Pinggiran USJ, Shah Alam Tetuan LBS Bina Group Berhad 30 unit 13 Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam. (Pangsapuri Okid) SPNB /Unique Creation 580 Unit 14 Cadangan Membina Rumah/Kedai 4 Tingkat Taman Serdang Perdana,
Seksyen 5, Mukim Petaling, Daerah Petaling
Tetuan Green Cresent Sdn. Bhd. 512 Unit 15 Cadangan Pembinaan Pusat Perniagaan Pangsapuri Perkhidmatan, UEP Subang
Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling
Tetuan Sanjung Utama Sdn. Bhd. 1,316 Unit 16 Projek Taman Puncak Jalil, Fasa 9 B, 9 C, 9F, 12, 19 dan 21
Talam Corporation Bhd. 1,447 Unit 17 Cadangan Rumah Berkembar 21 Unit 2 Tingkat dan 47 Unit rumah Teres 2 1/2
Tingkat, Taman Kosas, Mukim Ampang,
Daerah Hulu Langat (MPAJ)
Tetuan Koperasi Serbaguna Anak-Anak
Selangor Berhad
203 Unit 18 Projek Pembesaran Kampung Gesir Tengah, Daerah Hulu Selangor HRK Holdings Sdn. Bhd. 128 Unit 19 Kompleks Kota Kajang, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat Tetuan Windhill Development &
Construction Sdn. Bhd.
100 Unit 20 Taman Nilam, Mukim Ujung Permatang, Daerah Kuala Selangor Tetuan Richmall Sdn. Bhd. 84 unit 21 Taman Khalid Al-Walid, Shah Alam Diambilalih Oleh SPNB 48 Unit 22 Lagoon Perdana, USJ2, Subang Jaya. IJM / Tetuan Tenaga Gagah Sdn. Bhd. 1,052 Unit Jumlah Pembeli/Unit 8,879 unit -
Senaraikan projek-projek terbangkalai yang masih belum dapat dipulihkan serta sebab-sebabnya.
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 15 Oktober 2010 terdapat sebanyak 132 projek terbengkalai yang dikenal pasti di seluruh Negeri Selangor. Daripada 132 projek terbengkalai didapati sebanyak 115 projek yang masih belum dapat dipulihkan lagi. Senarai projek terbengkalai yang belum dapat dipulihkan adalah seperti dilampiran.
Berdasarkan fakta di atas, hampir 60 % projek dinyatakan di atas telah terbengkalai melebihi tempoh 5 tahun. Dengan ini boleh dibuat kesimpulan bahawa usaha untuk memulihkan projek terbengkalai bukan satu usaha yang mudah kerana ia memerlukan kaedah luar biasa (inovatif) dan bukannya kaedah biasa seperti membangunkan projek-projek perumahan baru. Ini kerana hampir 90% projek terbengkalai mempunyai masalah kewangan iaitu projek tersebut mempunyai aliran tunai yang lemah disebabkan kelemahan pengurusan kewangan atau kelemahan perancangan pemaju lama. Kesilapan utama pemaju tersebut ialah tidak mengambil kira kos pembangunan secara menyeluruh iaitu kos infrastruktur termasuk bayaran caruman TNB, Syabas, IWK dan lain-lain. Penumpuan pemaju hanya pada penyiapan struktur bangunan dan membuat tuntutan kepada bank berdasarkan kepada peratusan siap bangunan dan kebiasaannya tuntutan hampir 70% hingga 90%. Akibatnya projek ini akan terbengkalai bukan disebabkan masalah penyiapan bangunan tetapi masalah untuk menanggung kos infrastruktur. Apabila pemaju penyelamat ingin masuk untuk memulihkan projek terbengkalai tersebut baki pembiayaan akhir pembeli hanya ada lebih kurang 10% hingga 15% dan ini amat menyukarkan pemaju penyelamat untuk memulihkan projek ini kecuali mendapat suntikan modal melalui kaedah top up di mana pembeli terlibat perlu menambah wang sendiri untuk menanggung defisit tersebut.