Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

36) KSSB

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah bonus yang diberikan kepada Lembaga Pengarah dan Kakitangan KSSB ?

    Jumlah bayaran bonus;

      Bayaran Bonus (RM)
    Tahun Pengarah Kakitangan Jumlah
    2008        28,000        131,436        159,436
    2009        56,000        286,710        342,710
    2010               –        213,334        213,334

    Bonus 2010 adalah bonus interim.

    Pembayaran kepada Pengarah sebenarnya adalah dalam kategori yuran tahunan pengarah. Ianya telah disalah kelaskan sebagai bonus kerana telah dibayar serentak dengan bonus kakitangan.

  2. Adakah ganjaran yang diberikan setimpal dengan prestasi mereka?

    Bonus dan yuran pengarah yang telah dibayar telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah setelah mengambil kira prestasi syarikat dan berpatutan.

    Ianya hanyalah 3.3% dari jualan untuk tahun 2008, 1.1% untuk tahun 2009 dan 0.5% untuk tahun 2010.

  3. Apakah garis panduan pemberian bonus?

    Bonus diberikan berdasarkan prestasi syarikat. Kelayakan kakitangan pula adalah berdasarkan prestasi kerja serta pro rata tempoh perkhidmatan untuk sesuatu tahun.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.