Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

28) PERANAN AHLI DEWAN NEGERI DAN AHLI MAJLIS DAN SFERASFERA BIDANG KUASA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan peranan-peranan tertentu bagi Ahli Dewan Negeri sebagai wakil rakyat yang diundikan dan ahli majlis yang dilantik oleh parti-parti politik dalam kuasa.

    Dijawab oleh Pejabat Menteri Besar Selangor

  2. Di mana dasar dan isu-isu pentadbiran PBT-PBT adalah berkepentingan, pihak / parti yang mana seperti Ahli Dewan Negeri atau ahli majlis, yang mempunyai akhir kata?

    Seperti mana yang telah dimaklumkan, Kerajaan Pakatan Rakyat tidak membenarkan Ahli Dewan Negeri dilantik sebagai Ahli Majlis bagi menjamin ketelusan pentadbiran. Oleh yang demikian,proses pemilihan Ahli Majlis dilaksanakan oleh satu jawatankuasa pemilihan yang mempunyai wakil daripada setiap parti. Kerajaan Negeri menentukan dasar secara makro melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Manakala di peringkat PBT, sebarang dasar tempatan diputuskan melalui Mesyuarat Penuh Majlis. Oleh yang demikian keputusan mengenai dasar di PBT dibuat secara kolektif melalui Jawatankuasa tertentu dan dibentangkan di Mesyuarat Penuh Majlis untuk kelulusan atau pun secara terus dibentangkan di dalam Mesyuarat Penuh Majlis berdasarkan kepada peruntukkan undang-undang sedia ada. Bagi Ahli Dewan Negeri, segala permasalahan boleh disalurkan melalui Ahli Majlis zon terlibat atau secara terus kepada PBT.

  3. Dalam keadaan di mana penempatan ahli majlis tidak disokong oleh Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Negeri dalam zon yang tertentu, adakah ahli majlis itu akan masih dilantik ke zon tersebut?

    Dijawab oleh Pejabat Menteri Besar Selangor

     

Lampiran

Tiada Lampiran.