Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
27) ELAUN, TUNTUTAN DAN BONUS AHLI-AHLI LEMBAGA KUMPULAN SEMESTA SDN BHD (KSSB)
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan Ahli-ahli Lembaga KSSB.
Pada masa ini, ahli lembaga pengarah KSSB adalah;
- Wan Ab.Halim Wan Ismail – Ketua Pegawai Eksekutif
- Ir. Ramli Abd. Majed – Pengarah Eksekutif
- YB Dato’ Mohd. Arif Ab. Rahman
- En. Wong Su Kok
- Mohd. Khairuddin Othman
- YB Tuan Mat Shuhaimi Hj. Shafiei
- En. Ganabatirau A/L Veraman
-
Berapakah elaun dan tuntutan bulanan setiap Ahli Lembaga KSSB bagi tahun 2008 dan 2009?
No. Pengarah Elauan Mesyuarat
2008 (RM)
Elaun Mesyuarat
2009 (RM)
1. En. Abdul Shukor Nagor 7,000 13,000 2. Ir. Ramli Abd. Majed 3,000 6,500 3. YB Dato’ Mohd. Arif 3,500 5,500 4. En. Wong Su Kok 2,500 En. Abdul Shukor (Pengerusi) juga telah menerima elaun bulanan sebanyak RM40,000 untuk tahun 2008 dan RM96,000 untuk tahun 2009. Beliau telah meletak jawatan pada Ogos 2010.
-
Berapakah bonus, jika ada, yang diterima oleh setiap Ahli Lembaga KSSB bagi tahun 2008 dan 2009?
Pengarah-pengarah bukan eksekutif KSSB yang lain tidak mendapat elaun bulanan yang tetap. Mereka hanya mendapat elaun hadir mesyuarat (RM500 untuk setiap kehadiran).
No. Pengarah Yuran Pengarah
(Bonus)
2008 (RM)
Yuran Pengarah
(Bonus)
2009 (RM)
1. Abdul Shukor Nagor 16,000 32,000 2. YB Dato’ Mohd. Arif 12,000 24,000 3. Ir. Ramli Abd. Majed (Pengarah Eksekutif)
22,000 60,000