Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

26) PEMBANGUNAN USAHAWAN MUDA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan negeri terhadap Pembangunan Usahawan kalangan golongan muda?

    Kerajaan Negeri menawarkan kursus dan latihan kepada mereka yang berminat menceburi bidang keusahawanan. Di samping itu juga Kerajaan Negeri menganjurkan secara bersama program – program keusahawanan dengan Badan – badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi memupuk minat di dalam bidang keusahawanan. Kerajaan Negeri tidak mempunyai peruntukan yang besar dalam program memupuk minat keusahawanan berikutan peruntukan sedia adalah terhad kepada mereka yang telah memulakan perniagaan. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri telah mewujudkan skim pinjaman mudah tanpa penjamin iaitu Pinjaman Mikro Kredit di bawah Yayasan Dar Al Qard Al Hassan. Skim ini dibuka kepada yang sedang dan ingin memulakan perniagaan dengan nilai pinjaman sehingga RM20,000.00.

  2. Nyatakan pencapaian dalam tempoh 2008-2010

    Dasar Kerajaan Negeri adalah membantu meningkatkan kualiti usahawan yang telah memulakan perniagaan sekurang – kurangnya 2 tahun dan berdaya saing. Berdasarkan program bantuan yang diberikan di bawah Dana Industri Kecil 2008 – 2009 didapati usahawan – usahawan yang dibantu di bawah program ini dapat meningkat pendapatan 50 hingga 100 peratus.

  3. Berapakah peruntukkan yang diberikan untuk pembangunan usahawan muda dan perincikan.

    Tiada peruntukan khas yang diperuntukkan di bawah pembangunan usahawan muda.

Lampiran

Tiada Lampiran.