Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

23) HUTANG TALAM CORPORATION

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri telah melakukan pengambil alihan hutang Talam melalui kaedah "round tripping" yang membabitkan wang sejumlah RM 391.7 juta. Kita percaya pengambil alihan ini dilakukan mengikut lunas undang-undang dan peraturan. Justeru mohon dinyatakan: Apakah nama bank yang terbabit dalam urusan ini dan berapakah faedah yang dibayar oleh kerajaan negeri bagi urusan ini?

    Dalam urusan Pengiktirafan Hutang TALAM Corporation, Kerajaan Negeri telah berurusan dengan CIMB Bank Berhad, Jalan Samantan Damansara Heigh Kuala Lumpur. Faedah yang dibayar kepada Bank tersebut adalah sebanyak RM59,603.42.

  2. Siapakah peguam yang mengendalikan proses ini dan berapakah kos?

    Peguam bagi pihak CIMB Bank Berhad adalah Tetuan Aziz Hon Annuar dan bagi pihak Kerajaan adalah Tetuan Mozni Sham & Co. Kos bagi peguam CIMB Bank – RM106,222.00

    Kos bagi peguam Kerajaan –     RM  50,000.00

  3. Sehingga 30 September 2010, berapakah jumlah hutang yang telah dibayar oleh Talam Corporation dan dalam bentuk apa?

    Sehingga 30hb Sept 2010 hartanah TALAM Corporation iaitu tanah seluas 25.94 di Bukit Beruntung telah dijual kepada PKNS dengan nilai RM16,949,196.00. Dengan hasil jualan, Kerajaan telah membayar tunggakan taksiran sebanyak RM526,421.05.

Lampiran

Tiada Lampiran.