Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

20) STATUS TERKINI SYABAS

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek pembelian air di antara Kerajaan Negeri dengan pihak SYABAS?

    Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) adalah syarikat yang telah diamanahkan untuk mengagih dan membekalkan air bersih kepada pengguna di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.  Dalam melaksanakan tanggung jawab membekal dan mengagihkan air bersih kepada pengguna, SYABAS perlu membeli air yang telah dirawat dari operator rawatan air  iaitu SPLASH, Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd., dan Konsortium ABASS Sdn. Bhd. Pada masa yang sama, SYABAS perlu membayar kepada Kerajaan Negeri Selangor royalti air mentah pada kadar satu sen setiap meter padu mengikut jumlah air yang digunakan. Jumlah air yang digunakan ini akan diukur melalui meter pada hujung setiap tahun dan dianggarkan jumlah bayaran royalti air mentah adalah lebih kurang Ringgit Malaysia Empat Belas (RM14.0) juta setiap tahun.  Kerajaan Negeri tidak terlibat di dalam pembelian air dengan SYABAS.

     

  2. Adakah pembelian ini akan menguntungkan rakyat di Selangor, nyatakan?

    Kerajaan Negeri tidak terlibat di dalam pembelian air dengan SYABAS.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.