Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
7) SELANGOR SHINES
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan dan pencapai Program Melawat Selangor tersebut?
“Selangor shines” bukanlah “Tahun Melawat Negeri Selangor” tetapi merupakan satu kempen yang menggalakkan lebih ramai pelancong ke negeri Selangor secara berterusan dan tidak ada jangka masa yang disasarkan seperti Tahun Melawat yang biasa dijalankan selama setahun.
Kempen Selangor Shine juga memainkan peranan utama bagi merangsang, mempromosi produk-produk pelancongan yang terdapat di negeri Selangor serta turut mengadakan acara-acara pelancongan di negeri Selangor. Melalui acara ini juga dapat menggalakkan pelancong dalam dan luar Negara berkunjung dan menginap lebih lama di Selangor.
-
Apakah program-program promosi telah dilaksanakan ?
Berbagai acara serta program untuk mempromosikan Selangor Shines telah dijalankan antaranya dengan menyediakan billboard Selangor Shines di negeri-negeri lain seperti di Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak, Pulau Langkawi, Melaka, Pulau Pinang dan negeri Johor serta tidak ketinggalan di Subang Sky Park Terminal Tiga serta di LCCT.
Selain daripada Tourism Selangor turut menyediakan pelbagai risalah dan majalah serta ada diantaranya diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa utama lain untuk memberi maklumat kepada para pelancong antaranya :
- Selangor Breakaway
- Terbitan Selangor Vision
- Selangor Explore 102°e
- Selangor Homestay
- Selangor MICE
- Selangor Directory
- Peta Pelancongan
- Selangor Golf
- CD Selangor Breakaway
- CD Mice
- Risalah Pelancongan Daerah
Tourism Selangor juga sedang giat untuk menerbitkan beberapa terbitan lagi untuk memantapkan usaha promosi dan melancarkan lagi Kempen Selangor Shines.
Bagi memperluaskan promosi mengenai produk pelancongan serta acara di Selangor , Tourism Selangor turut menggunakan kaedah pengiklanan di dalam surat khabar serta majalah juga di dalam beberapa bahasa antaranya :
- Majalah 3 Sixty Degree ( Majalah Pesawat Air Asia )
- Majalah Gaya Travel Nusantara
- Majalah Libur
- Majalah Travel Mate
- Majalah Travelution
- Akhbar Sinar Harian
- Selangor Kini
- Buletin Khas MBSA Sambutan 10 tahun Sebagai Bandaraya
- Buku Cenderahati Sultan Selangor Cup
- The Visitor
- Amazing Malaysia
Tourism Selangor juga mendapat kerjasama daripada media cetak dan eletronik dengan memuat artikel serta berita mengenai produk Selangor .
Tourism Selangor juga turut mengadakan Selangor Shines Fam Tour 25 hingga 29 Jun 2010 dengan membawa wartawan media cetak dan penyiaran daripada Malaysia serta daripada luar negara seperti daripada Jepun , Filipina , Korea dan Indonesia . Para peserta dibawa untuk mengalami sendiri di produk-produk serta destinasi pelancongan menarik yang terdapat di negeri Selangor. Selain itu Tourism Selangor turut membawa peserta daripada Negara India yang mengadakan mesyuarat di negeri Sembilan ( India SABMiller ) dan membawa FAM TRIP MATTA Cawangan negeri Sabah untuk melawat produk-produk pelancongan negeri Selangor seperti i-City.
Selain daripada itu Tourism Selangor turut menubuhkan Skuad Selangor Shines. Skuad Selangor Shines ini adalah skuad bergerak menggunakan kenderaan khas yang beridentitikan ’Selangor Shines’. Skuad ini akan bergerak dan membawa maklumat berkaitan produk dan destinasi pelancongan di Selangor serta berbagai cenderahati untuk diberikan kepada orang ramai. Skuad ini telah mengadakan promosi di Daerah Hulu Selangor berikutan pelancaran produk baru iaitu ’tubing’ di Sungai Selangor. Penjelajahan skuad ini turut ke beberapa buah negeri lain seperti Perak , Pulau Pinang , Kedah serta Perlis . Skuad Selangor Shines turut berada di beberapa acara seperti Sambutan Hari Maritim My Pelaut Peringkat Kebangsaan di Pelabuhan Klang baru-baru ini.
Tourism Selangot juga menyebarkan maklumat mengenai produk, acara dan kempen Selangor Shines melalui laman web Tourism Selangor www.tourismselangor.org serta di laman web Visitor dan 701 Panduan.
Tourism Selangor turut menganjurkan pelbagai acara bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeri Selangor. Selain sebagai penganjur utama Tourism Selangor menjadi penganjur bersama . Antara acara tersebut ialah :
BIL TARIKH ACARA TEMPAT 1. 9 Januari Larian Bendang Sabak Bernam 2. 15-17 Januari MASUM (Matta International Umrah and Muslim Travel)
Shah Alam Convention Centre 3. 29-30 Januari Fiesta Thaipusam Batu Caves 4. 20 Februari Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Selangor Jenjarum 5. 27 Februari Chap Goh Mei i-City, Shah Alkam 6. 7 Mac Sambutan 80 Tahun Kuala Kubu Bharu & Le Tour De Langkawi Kuala Kubu Baru 7. 13-14 Mac Selangor 8th “Nash Hash” Royal Klang Club, Klang 8. 13-14 Mac Karnival Sungai Klang Pengkalan Batu, Klang 9. 13-14 Mac Shah Alam Auto Show 2010 Perkarangan Stadium Shah Alam 10. 24 & 25 April Selangor Mountain Bike Challenge Kg Bukit Lagong, Sungai Buloh 11. 15 Mei Selangor Shines Hunt 2010 Shah Alam – Sabak Bernam 12. 23 Mei Selangor Shines Photo Hunt Shah Alam & Kuala Langat 13. 24 – 26 Jun Kejohanan Bot Laju Kawalan Jauh (PDB) Tasik Kelana Jaya, Kelana Jaya 14. 26 Jun -11 Julai Pesta Bola Piala Dunia Selangor Padang Timur, PJ 15. 26 Jun -18 Julai Musical Extravaganza 2010 Petaling Jaya, Subang Jaya & Shah Alam 16. 17 Julai Festival Bon Odori 2010 Stadium Matshushita, Shah Alam 17. 27 Julai – 7 Ogos International Symposium Firefly FRIM 18. 31 Julai & 1Ogos Pertandingan Jet-Ski Selangor Tasik Biru, Kundang 19. 5 – 7 Ogos Worldwide Holdings Selangor Masters (GOLF) Kelab Golf Sri Selangor, Petaling Jaya 20. 7 – 8 Ogos Perayaan Hari Orang Asal Sedunia Peringkat Nasional Sepang Goldcoast 21. 21-23 Ogos Let’s Travel Treasure Hunt On Wheel Shah Alam – Taiping 22. 23-28 September My Selangor Story Competition 2010 Sekitar Selangor 23. 10 Oktober Selangor Shines Extreme Challenge 2010 Shah Alam 24. 23-24 Oktober Pesta Sayap 2010 Taman Alam, Kuala Selangor -
Adakah program inap desa (homestay) mencapai perkembangan yang baik ?
- Tourism Selangor giat menjalankan aktiviti promosi di dalam dan luar Negara seperti yang dijadualkan di bawah:-
Siri promosi di dalam Negara
Bil
Siri promosi
Tarikh
1
MASUM
15 -17 Jan 2010
2
KARNIVAL WOW PUTRAJAYA
20 – 21 FEB 2010
3
ROAD TO CHALLANGER 1 (MUAY THAI COTENDER
ASIA)
21 MAR 2010
4
TRADITIONAL WELCOME TROUPE FOR QUEEN VICTORIA
25 MAR 2010
5
KARNIVAL KLANG, PULAU INDAH
10 – 11 APR 2010
6
VASAKHI FESTIVAL
15 MEI 2010
7
MATTA SABAH FAM TOUR TO SELANGOR
20 – 23 MEI 2010
8
ROYAL CLASSIC CAR RALLY
21 – 23 MEI 2010
9
HARI BERTEMU PELANGGAN, PKNS BANGI
25 – 26 MEI 2010
10
ECO GREEN WEEK 2010 (BECOME)
2 – 6 JUN 2010
11
KARNIVAL LARIAN 10KM MPSJ – NST 2010
12 – 13 JUN 2010
12
SIMPOSIUM SEMPENA TAMAN TASIK SHAH ALAM
KALI PERTAMA (1)
17 – 20 JUN 2010
17 – 20 JUN 2010
13
SELANGOR SHINES FAM TOUR 2010
25 – 29 JUN 2010
14
KARNIVAL NASYID, STADIUM MELAWATI
8 – 11 JUL 2010
15
PADANG TIMUR, SME
10 – 11 JUL 2010
16
MALAYSIAN LAW CONVENTION
29 – 31 JUL 2010
17
SIMPOSIUM KELIP-KELIP
2 – 5 OGOS 2010
18
SAMBUTAN KEMERDEKAAN DAN PENGHAYATAN
RAMADHAN. I-CITY
30 OGOS 2010
19
KARNIVAL MARITIM SEDUNIA PERINGKAT
KEBANGSAAN, PLBHN KLANG
17 – 18 OKT 2010
20
KARNIVAL MARITIM SEDUNIA, TRESURE HUNT,
PLBHN KLANG
22-23 OKT 2010
21
PESTA SAYAP (KUALA SELANGOR)
23-24 OKT 2010
Siri Promosi di luar Negara
Bil
Siri Promosi
Tarikh
1
Asean Tourism Forum, Brunei Pasaran Asia / Dunia
26 – 28 Jan
2.
Sales Mission South Asia, India Pasaran Baru
18 – 21 Feb
3.
Asia Pacific Incentive And Meeting, Australia Khusus MICE sahaja
2 – 3
Mac
4.
Discover World, Thailand
Pasaran Thailand / Dunia
11 – 13 Mac
5.
Malaysia International Travel
Tourism, Rusia
Pasaran baru
18 – 21 Mac
6.
Indonesia Travel And Holiday Pasaran Indonesia / Asia
April
7.
Arabian Travel Mart, UAE
Pasaran Timur Tengah
5 – 8
Mei
8
Fascinating Malaysia, Singapore Pasaran Singapura
13 – 15 Mei
9.
PATA, Macau
Anggota PATA / Asia Pasifik/ China
14 – 17 Sept
10.
International Travel Expo, Vietnam Asia Tenggara
23 – 25 Sept
11.
JATA, Japan
Pasaran Jepun
24 – 26 Sept
12.
Bonorata Malaysia, Filipina
Pasaran Filipina / Asia Tenggara
31 Okt – 3 Nov
13.
World Travel Mart, UK
Pasaran Eropah / UK / Dunia
9 – 12 Nov
- Program inap desa (homestay) mencapai perkembangan yang baik seperti mana
berikut:-
TAHUN JUMLAH PELANCONG ASING JUMLAH PELANCONG
TEMPATAN
JUMLAH PENDAPATAN (RM) 2008
7,301
10,342
917,440
2009
4,697
23,367
1,495,711
2010
(Jan – Julai)
2,106 12,078 734,466 JUMLAH
14,104
45,787
3,147,617
Persatuan homestay Negeri Selangor dan Tourism Selangor sentiasa bekerjasama mempromosikan homestay agar kedatangan pelancong ke Homestay sentiasa dikunjungi dan bertambah. Usaha-usaha ini dapat dijalankan dengan pelbagai usaha seperti cetakan risalahrisalah, brosur-brosur, majalah dan papan tanda tunjuk arah oleh pihak UPEN (Unit Perancang Ekonomi Negeri)
Perangkaan jumlah pelancong mengikut negara asal yang menikmati program ini sejak tahun 2008 serta hasil pendapatan daripada program ini kepada negeri Selangor adalah seperti berikut :-
TAHUN JUMLAH
PELANCONG ASING
NEGARA ASAL
JUMLAH PELANCONG
TEMPATAN
JUMLAH PENDAPATAN
(RM)
2008 7,301 Singapura,
Jepun, Australia,
Indonesia, Korea
10,342 917,440 2009 4,697 Australia, China,
Korea,
Singapura,
Indonesia,
Jepun, Chile, Sudan,
Mongolia, Sri
Lanka, Malawi,
Mozambique,
Paraguay, Syria,
Oman, Vietnam,
Iran, Rusia dan
Filipina
23,367 1,495,711 2010 (Jan – Julai) 2,106 Jepun, Korea,
Brunei, Arab
Saudi, Afrika,
Hong Kong,
Indonesia,
Jerman,
Belanda, Itali,
Kanada,
Bangladesh,
Australia dan
USA
12,078 734,466 JUMLAH 14,104 45,787 3,147,617