Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
4) ANAK SYARIKAT NEGERI (GLC)
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah peranan GLC dan strateginya dalam pembangunan ekonomi Negeri Selangor?
Secara khususnya penubuhan Tourism Selangor adalah penting bagi menjana perkembangan ekonomi negeri Selangor dengan tujuan untuk mempromosikan industri pelancongan Selangor. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Selangor mempunyai satu agensi yang mempunyai tugas dan tanggungjawab yang khusus terhadap pembangunan bidang pelancongan.
Berikut adalah peranan utama dan matlamat penubuhan Tourism Selangor:
- Merangsang ,mempromosi , menyediakan dan menyebarkan maklumat pelancongan serta memasarkan Selangor sebagai destinasi pelancongan bukan sahaja diperingkat kebangsaan dan antarabangsa
- Memaksimumkan penggunaan prasarana pintu masuk utama untuk menarik pelancongan asing dan tempatan
- Menambah jumlah kedatangan pelancong tempatan dan asing ke negeri Selangor
- Memperkenalkan dan menaik taraf acara-acara pelancongan ke tahap kebangsaan dan antarabangsa
- Memperkenalkan dan menawarkan produk / kraftangan Selangor dan lain-lain cenderahati
- Mengadakan dan menjalankan kempen pengiklanan untuk mempromosikan Selangor sebagai sebuah destinasi pelancongan dengan menggunakan medium seperti media cetak dan media eletronik serta menerbitkan risalah , majalah ,buku panduan serta pela untuk panduan para pelancong.
- Menyediakan laman web Tourism Selangor iaitu yang boleh dicapaiwww.tourismselangor.org
- Mengambil bahagian dalam pameran promosi pelancongan di dalam dan diluar negara sama ada bersama Tourism Malaysia atau atas jemputan pihak penganjur.
- Mengujudkan dan mengadakan kalender acara tahunan .
- Menyediakan cenderahati serta mempromosikan produk kraftangan tempatan
- Mengenal pasti produk – produk pelancongan di negeri Selangor dan berusaha bersama dengan produk operator bagi tujuan promosi .
- Mengumpul data dan rekod statistik mengenai produk dan pelancong bagi tujuan penyelidikan.
-
Adakah kerajaan mempunyai rancangan mengurangkan penglibatan GLC dalam sektor swasta?
-
Senaraikan ADN & Ahli Parlimen yang memegang jawatan dalam GLC dan emolumennya.
Senarai Adun dan Ahli Parlimen yang memegang jawatan dalam GLC dan emolumennya
Pengarah @ ADN/Ahli Parlimen
Jawatan
Emolumen Tahunan
YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL
KHALID BIN IBRAHIM
AHLI DEWAN NEGERI
IJOK
RM 1,000.00 MEETING ELAUN
RM 8,000 YURAN PENGARAH
YB PUAN ELIZABETH WONG
KEAT PING
AHLI DEWAN NEGERI
BUKIT LANJAN
RM 500.00 MEETING ELAUN
RM 5,000 YURAN PENGARAH
YB TUAN EDWARD LEE POH LIN
AHLI DEWAN NEGERI
BUKIT GASING
RM 500.00 MEETING ELAUN
RM 5,000 YURAN PENGARAH
YB GWO-BURNE LOH
AHLI PARLIMEN
KELANA JAYA
RM 500.00 MEETING ELAUN
RM 5,000 YURAN PENGARAH
YB HAJI KHASIM BIN ABDUL AZIZ
AHLI DEWAN NEGERI
LEMBAH JAYA
RM 500.00 MEETING ELAUN
RM 5,000 YURAN PENGARAH
YB DR. MOHD. NASIR BIN
HASHIM
AHLI DEWAN NEGERI
KOTA DAMANSARA
RM 500.00 MEETING ELAUN
RM 5,000 YURAN PENGARAH
Yuran Ahli Lembaga diputuskan melalui mesyuarat Ahli Lembaga dan Pengarah sekali setahun.