Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
256) PINJAMAN MIKRO KREDIT DISEDIAKAN OLEH KERAJAAN SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah skim di atas akan dilaksanakan?
Yayasan Dar Al Qard Al Hasan : Skim Mikrokredit Selangor (SKIMSEL) telah ditubuhkan pada 8hb Julai 2010 dan di daftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nombor pendaftaran 907361-A. Yayasan Dar Al
Qard Al Hasan adalah sebuah government link company (GLC) kerajaan Negeri Selangor. Perlaksanaan program SKIMSEL telah dilancarkan di daerah pertama operasinya iaitu Daerah Sabak Bernam pada 2 September 2010. Operasi bagi daerah-daerah berikutnya iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang mula beroperasi pada Oktober 2010 dan dijangka beroperasi penuh pada November 2010.
-
Siapakah yang berhak mendapat pinjaman berkenaan?
Antara syarat-syarat kelayakan untuk mendapatkan skim ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 65 tahun.
- Isi rumah berpendapatan RM1,500.00 sebulan atau RM350.00 perkapita.
- Taraf bermastautin di Selangor melebihi 2 tahun.
- Memiliki aset tidak melebihi RM50,000.00
-
Apakah syarat-syarat dikenakan?
Syarat-syarat yang dikenakan adalah seperti berikut:
SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN
- Pembiayaan tanpa cagaran dan penjamin.
- Caj pembiayaan 8% setahun.
- Bersetuju membentuk kumpulan 5 orang ahli dan menjalani latihan wajib selama 3 hari (2 jam sehari).
- Bersetuju menubuhkan pusat dan menabung ke dalam Tabung Kumpulan sebanyak RM5.00 seminggu.
- Menghadiri mesyuarat pusat setiap minggu dan membayar balik pembiayaan secara mingguan.
- Mencarum Takaful Kredit
- Bersetuju menyumbang deposit security tiga minggu dari pembiayaan ke dalam Tabung Kumpulan.