Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

252) HUTANG SYARIKAT TALAM

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyak hutang syarikat Talam yang telah berjaya dikutip balik oleh kerajaan negeri?

    Jumlah hutang TALAM Corporation kepada Kerajaan adalah sebanyak RM392 Juta di mana kesemua jumlah akan dikutip oleh Kerajaan Negeri.

  2. Bagaimana wang yang dikutip ini digunakan untuk kebaikan rakyat Selangor? Sila senaraikan?

    Hasil daripada kutipan hutang TALAM Corporation akan diagih-agihkan mengikut peruntukan keperluan Kerajaan Negeri dari segi projek-projek yang dikenal pasti untuk pembangunan, perkhidmatan dan perkembangan ekonomi Negeri Selangor. Tumpuan peruntukan ekonomi juga akan diberi kepada projek sosioekonomi Kerajaan Negeri seperti Skim Bantuan kepada rakyat dari untuk membasmi dan mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan rakyat Negeri Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.